Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Daftar Pemilih PRN Johor...

JOHOR BAHRU : Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Gaji Minimum RM1,500 Dalam...

KUALA LUMPUR: Gaji minimum RM1,500 mungkin dilaksanakan dalam tempoh sebulan atau dua bulan...

Kamera Tersembunyi Di Tandas...

Antara perkara paling kecoh diperkatakan penuntut UIA bulan ini mungkin isu penemuan kamera...

Ahli Konspirasi Ramal Zaman...

DENGAN usia bumi yang semakin tua, kadang kala banyak kejadian alam yang tidak...

Pasport Singapura Diiktiraf Paling Berkuasa Di Dunia

PASPORT Singapura buat pertama kali diiktiraf sebagai pasport paling berkuasa di dunia untuk tahun 2017.

Pengiktirafan itu diberikan hasil kajian yang dibangunkan oleh laman web ‘Global Passport Power Rank 2017’ oleh Arton Capital.

Menerusi indeks itu, negara seberang tambak itu menduduki tangga pertama untuk nilai pasport paling berpengaruh di mana para pemegang pasport di negara ini bebas visa di 177 buah negara.

Selepas Singapura, Jerman berada di tangga kedua dengan visa akses percuma ke 158 negara.

Menurut Pengarah Urusan Arton Capital, Philippe May, Singapura sentiasa berusaha meningkatkan ‘kekuatan’ pasportnya sejak tahun 1965.

“Ini berikutan faktor dasar luar yang berpandangan jauh dan hubungan diplomasi yang sangat baik dengan memahami globalisasi sebagai satu peluang.


“Singapura tidak terkunci dalam zon perjalanan biasa, contohnya dengan negara-negara ASEAN yang lain dan tidak pernah mengenakan sekatan visa kepada warga asing di rantau ASEAN,” katanya memetik laporan CNN.

Manakala, Malaysia berada di tangga ke enam dengan memperoleh markah bebas visa di 154 negara setanding dengan pasport negara maju seperti Ireland, Kanada dan Amerika Syarikat.

Indeks pasport tersebut merupakan satu-satunya masa sebenar kedudukan global bagi pasport di dunia, yang dikemaskini dari semasa ke semasa berikutan perubahan dan pengecualian visa baru diumumkan.

Sementara itu berada di tempat terakhir pada senarai adalah Afghanistan dengan skor 22, diikuti oleh Pakistan dan Iraq (26), Syria (29) dan Somalia (34). – MYNEWSHUB.CC

Kategori