Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Agong Titah Semua Parti...

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan...

Kedutaan Argentina Mohon Bantu...

KUALA LUMPUR - Kedutaan Argentina di Malaysia memohon bantuan orang ramai untuk mengesan...

KDN Perbaiki 7 Rating...

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memperbaiki tujuh rating negatif dinyatakan Laporan...

Warga Emas Tersesat Jalan...

SEBERANG PERAI : Polis menahan seorang lelaki warga emas yang memandu kereta secara...

PBT Negeri Sembilan Disaran Anjur Bazar Deepavali

SEREMBAN – Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Sembilan disaran supaya menganjurkan bazar Deepavali di kawasan mereka, bertujuan memudahkan kaum India membuat persiapan menyambut perayaan Pesta Cahaya, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Menerusi penganjuran bazar Deepavali itu, orang ramai boleh mendapatkan pelbagai barangan keperluan mereka di satu tempat sahaja, sebagai contoh, bazar Deepavali peringkat negeri di sini disertai 91 gerai, yang diuruskan dengan jayanya oleh Majlis Perbandaran Seremban dan Pemuda MIC Negeri Sembilan.

“Bazar Deepavali ini bukanlah untuk kita mencari keuntungan tetapi hendak memberi kemudahan kaum India untuk menyambut perayaan mereka di mana bazar ini menjual hampir keseluruhan barangan keperluan menyambut Deepavali,” katanya selepas melawat bazaar Deepavali peringkat negeri di sini, malam tadi.

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban Datuk Abd Halim Abd Latif, Ketua Pemuda MIC Malaysia R Thinalan dan Ketua Penerangan MIC Malaysia Datuk VS Morgan. – BERNAMA

Kategori