Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Marsha Milan Makin Teruja...

KEDATANGAN Ramadan kali ini pastinya cukup bermakna buat bekas pelajar Akademi Fantasia musim...

TPM Mahu Usaha Dakwah...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini...

Ayam Panggang RM16.90 Jer...

KUALA LUMPUR - Kedai Ayamas akan melancarkan jualan ayam panggang hanya pada harga...

Rakyat Malaysia Dihukum Gantung...

SINGAPURA - Pelaksanaan hukuman mati ke atas rakyat Malaysia, Michael anak Garing telah...

Pejabat PM India Narendra Modi Terbakar

NEW DELHI – Pejabat Perdana Menteri India, Narendra Modi di sini, dilaporkan terbakar pada pagi Selasa, menurut agensi berita China Xinhua.

Seorang pegawai bomba berkata, kejadian berlaku di pejabat blok selatan di Raisina Hills, tiada kecederaan dilaporkan memandangkan pejabat ditutup ketika kejadian.

Ketika kejadian Perdana Menteri India berada di Gujarat kerana berkempen untuk pilihan raya akan datang di negeri barat India.

“Kami menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran di No. 242 pejabat Perdana Menteri,” kata pegawai bomba tempatan Gurmukh Singh kepada media.

Kebakaran kira-kira 20 minit itu, menyebabkan beberapa peralatan elektrik seperti penghawa dingin dan rekod pejabat musnah dijilat api.


Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian sedang dilakukan dan siasatan awal mendapati kejadian dipercayai akibat litar pintas. – BERNAMA

Kategori