Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Tokan Antara Ditahan AADK...

ALOR SETAR - Seorang tokan dadah adalah antara enam individu yang ditahan dalam...

Sultan Johor Tak Pernah...

KERAJAAN negeri Johor hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang bertebaran dalam laman sosial...

Padah Bila Pelanggan ‘Terlajak...

NAMPAKNYA frasa 'Customer Is Always Right' atau 'Pelanggan Sentiasa Betul' tidak boleh diamalkan...

Tangguh Naik Harga Petrol...

MUSLIHAT... Penetapan mekanisme harga runcit petrol dan diesel perlu dibuat secara teliti supaya...

Pekan Baru Ulu Dusun Akan Jana Ekonomi Setempat

SANDAKAN – Pewujudan Pekan Baru Ulu Dusun akan menjana ekonomi setempat dan menyumbang kepada pembangunan di kawasan itu.

Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman berkata ini kerana pekan baru ini akan memain peranan penting dalam menarik lebih ramai kehadiran pelancong dan pengunjung berdasarkan lokasinya yang merupakan tempat persinggahan.

Katanya lokasi ini merupakan persinggahan pengunjung dari Tawau, Semporna dan Lahad Datu yang hendak ke Sandakan dan Kota Kinabalu.

Menurutnya begitu juga dari Kota Kinabalu, Ranau atau Telupid yang hendak ke Tawau atau Sandakan yang menjadikan pekan baharu ini sebagai tempat persinggahan bagi minum, rehat dan membeli barang sebelum meneruskan perjalanan mereka.

“Pewujudan pekan baharu ini sejajar dengan usaha kerajaan untuk kesejahteraan rakyat khasnya penduduk di sekitar kawasan ini.

Ini akan memberi ruang yang luas pada rakyat di sekitar kawasan ini untuk berniaga sekali gus dapat meningkatkan ekonomi keluarga masing-masing,” katanya ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Pekan Baru Ulu Dusun dekat sini, hari ini.


Musa yang juga Menteri Kewangan negeri berkata kerajaan akan berusaha membangunkan kawasan-kawasan yang difikirkan sesuai dibangunkan seperti Pekan Baru Ulu Dusun ini.

Katanya tanggungjawab itu diletakkan di bawah Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) negeri.

Beliau berkata ini akan memberi impak besar kepada rakyat dan kerajaan dengan kewujudan pekan baru seperti ini yang mana dari segi kehadiran pelancong. – BERNAMA

Kategori