Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Putus Cinta: Nelydia Tidak...

HUBUNGAN cinta selama tiga tahun yang terjalin di antara aktres cantik, Nelydia Senrose...

14,922 Individu Ditahan Ingkar...

KUALA LUMPUR - Seramai 14,922 individu ditahan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa...

Mangsa Banjir Di Kelantan...

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 12,636 orang daripada...

Hospital Buka 8,000 Botol...

PASUKAN perubatan di China terpaksa bergelut dengan masa untuk membuka 8,000 botol kaca...

Pelaksanaan Projek RMK11 Di Sabah Lancar – KM

KOTA KINABALU – Pelaksanaan projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) di Sabah berjalan lancar dengan 81 peratus atau RM646.874 juta daripada peruntukan pembangunan biayaan kerajaan negeri untuk tahun pertama telah dibelanjakan tahun lepas.

Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman berkata kerajaan persekutuan juga telah menambah peruntukan pembangunan sebanyak 12.6 peratus kepada RM4.277 bilion pada 2017, tahun kedua pelaksanaan RMK11 berbanding pada 2016.

“Sehingga 25 Sept tahun ini, jumlah projek yang telah diluluskan ialah 647 iaitu 304 projek sambungan dan 343 projek baharu, melibatkan antaranya pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah, bekalan air dan elektrik luar bandar, jalan perhubungan desa dan program perumahan rakyat,” katanya berucap pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sabah sempena ulang tahun ke-64 Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, di sini hari ini.

Musa berkata kerajaan negeri akan terus mempergiat usaha memacu pembangunan negeri sekali gus memperhebat agenda membela nasib rakyat bagi memastikan mereka terus menikmati kemakmuran, kesejahteraan dan kemajuan pesat.

Mengenai Koridor Pembangunan Sabah (SDC), Musa berkata sebanyak RM2.5 bilion telah disalurkan oleh kerajaan persekutuan bagi projek-projek pembangunan SDC di bawah RMK9 hingga RMK11 setakat 30 Jun lepas.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM2 bilion atau 93.6 peratus telah disalurkan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA).

“Sejak pelancaran SDC pada 2008 sehingga suku kedua tahun ini, sejumlah RM163 bilion dalam pelaburan kumulatif telah direkodkan,” katanya.

Mengenai sektor di bawah Halatuju Negeri, Musa berkata ia terus mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan dengan prospek ekonomi positif didorong oleh sektor-sektor utama termasuk sektor pelancongan yang terus kukuh dengan mencatatkan ketibaan 2.109 juta pelancong bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

Menurutnya jumlah itu adalah peningkatan dua angka iaitu sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, dan Sabah kekal menjadi destinasi pelancongan paling popular dalam kalangan pelancong asing dan domestik.

Beliau berkata kerajaan negeri giat menjalankan pelbagai usaha untuk menarik lebih banyak pelancong termasuk meningkatkan kemudahan penginapan dengan projek baharu antaranya Sabah International Convention Centre, Tanjung Aru Eco Development, Jesselton Quay dan Kota Kinabalu Convention City.

Musa juga berkata kerajaan negeri sedang giat meneroka destinasi pelancongan berpotensi tinggi di setiap daerah di Sabah.

Mengulas sektor pembuatan, Musa berkata ia menunjukkan momentum pertumbuhan amat menggalakkan dengan nilai eksport barang keluaran kilang meningkat 13 peratus kepada RM1.194 bilion untuk separuh pertama tahun ini berbanding tempoh sama setahun lalu.

“Taman Perindustrian Kota Kinabalu akan terus menarik lebih ramai kemasukan pelabur dengan pembangunan Digital Free Trade Zone dan dalam masa sama, kerajaan negeri juga telah mewujudkan ‘Shared Services and Outsourcing Centre ‘ untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memasarkan produk di pasaran tempatan dan antarabangsa,” katanya.


Dalam usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat di luar bandar, Musa berkata, kerajaan negeri akan meneruskan program seperti Ladang PPRT (Program Pembangunan Rakyat Termiskin) dan Program Peningkatan Ekonomi Setempat, selain menambah baik program Mini Estet Sejahtera (MESEJ) bagi membantu peserta keluar daripada garis kemiskinan.

Sementara itu, Juhar dalam perutusan khasnya mengingatkan rakyat Sabah untuk sentiasa memelihara perpaduan pelbagai kaum serta menghargai nilai hidup harmoni bagi terus mengekalkan kemakmuran dan kemajuan yang dikecapi ketika ini.

Beliau turut menggesa semua rakyat di Sabah memberi kerjasama kepada kerajaan dalam usaha memelihara serta mempertahan keamanan dan keselamatan, di samping memerangi keganasan dan membanteras ekstremisme dalam sebarang bentuk.

Juhar turut melahirkan kebimbangan penularan fahaman dan gerakan ekstremisme yang mengganggu-gugat keharmonian hidup bermasyarakat di negeri ini serta mahu anasir itu dipantau dan ditangani dengan tegas.

Dalam perkembangan lain, Juhar mahu kerajaan negeri terus memperhebat pembangunan modal insan berkualiti, berkemahiran dan berpengetahuan tinggi bagi merealisasikan visi menjadikan Sabah sebagai sebuah negeri maju seiring Dasar Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Beliau juga mahu semangat kerjasama yang sedia terjalin antara penjawat awam negeri dan Persekutuan terus diperkukuh sebagai pasukan dinamik dan efisien bagi memastikan semua program pembangunan dirancang untuk manfaat rakyat dapat dilaksanakan dengan jaya.

Pada istiadat itu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengetuai senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormat negeri dengan menerima anugerah Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri Panglima’.

Turut menerima SPDK pada istiadat itu ialah Menteri Tugas-tugas Khas Sabah Datuk Teo Chee Kang; Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun; Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Ahli Majlis Penasihat Parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Datuk Tuanku Balanggung.

Seramai 1,023 individu dianugerahi darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormat pada sambutan tahun ini. – BERNAMA

Kategori