Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Keputusan Kes Dadah Anak...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menetapkan 3 Januari depan...

Video: Hebat Pengaruh Media...

SEJAUH manakah keselamatan anak-anak anda dijamin? Adakah tugas anda sebagai ibu bapa dalam...

Pesara Saman Diarah Tukar...

TEL AVIV - Seorang bekas peguam wanita Yahudi yang pernah melarikan diri daripada...

Trump: Bintang Politik Pop...

MINGGU pertama Donald Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) dipenuhi dengan pelbagai arahan...

Pelan Lanskap Strategik Ubah Jadi Bandar Dalam Taman

SEREMBAN – Pelan Strategik Landskap 2017-2027 yang dilancarkan hari ini akan menjadi garis panduan dalam mengubah bandar Seremban dan Nilai menjadi sebuah bandar dalam taman, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban dan Nilai Datuk Abd Halim Abd Latif.

Beliau berkata Pelan Strategik Landskap itu juga akan diguna pakai oleh pemaju-pemaju perumahan di daerah ini untuk mencorakkan landskap di kawasan yang dibangunkan mereka.

“Pelan Strategik Landskap ini memberi panduan seperti jenis pokok yang boleh ditanam dan binaan yang boleh dibuat supaya pemandangan di Seremban dan Nilai nampak seragam dan cantik.

Pihak majlis memperuntukkan RM4 juta setahun untuk Seremban dan RM3 juta setahun untuk bandar Nilai, untuk melaksanakan projek landskap,” katanya kepada media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Pelan Strategik Landskap, Aplikasi Mobile Aduan dan Aplikasi Kompaun Letak Kereta, yang dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Mat Ali Hassan.

Beliau berkata projek landskap ini akan mula dilaksanakan di pintu-pintu masuk Seremban dan Nilai seperti sempadan Nilai-Bukit Mahkota, sempadan Port Dickson-Seremban, sempadan Rembau-Seremban dan sempadan Nilai-Sepang.

“Apabila siap kelak, Seremban dan Nilai akan menjadi bandar dalam taman dan menawarkan tempat yang menarik untuk dikunjungi dan satu perbandaran yang bersih, indah dan selesa untuk didiami, bekerja dan beriadah,” katanya.


Sementara itu Abd Halim berkata dua aplikasi yang dilancarkan hari ini akan memudahkan orang ramai membuat aduan kepada pihak majlis dan menyemak kompaun letak kereta.

“Aplikasi ini dibangunkan bagi memudahkan orang awam menyemak kompaun-kompaun tertunggak yang belum dijelaskan melalui telefon bimbit dan membuat bayaran pada masa yang sama.

“Bagi aplikasi Mobile Aduan, kita sasar 20 peratus daripada purata 7,000 aduan yang diterima setahun, akan dilaporkan melalui aplikasi ini untuk peringkat permulaan,” katanya.

Abd Halim berkata dalam tempoh 10 tahun, terdapat 30,000 notis kompaun letak kereta yang belum dijelaskan. – BERNAMA

Kategori