Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

DAP Cawangan Pantai Sepang...

SEPANG - DAP Cawangan Pantai Sepang Putra, di sini dibubarkan selepas kesemua 25...

PRN: Nurul Izzah Terus...

Seberang Jaya : Bekas ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar terus berdiam...

PLUS Jamin Buka Ruang...

PETALING JAYA - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memberi jaminan akan terus memberi peluang...

Siti Elizad Akui Sudah...

PELAKON Siti Elizad Mohd Sharifudin akhirnya mengakui dia sudah melangsungkan pernikahan dengan pasangannya,...

Pelancong China Lemas Ketika Mandi Di Pulau Mabul

SEMPORNA – Seorang pelancong warga China mati lemas ketika mandi di sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul dekat sini, hari ini, kata Ketua Polis Daerah Semporna Supt Peter Umbuas.

Beliau berkata lelaki itu dikenali sebagai Shen Dong, 26, ditemukan lemas di kawasan menyelam pusat peranginan itu oleh pengawal keselamatan pusat terbabit kira-kira 11.50 pagi.

“Lelaki itu dibawa naik ke permukaan dan diberi bantuan penafasan tetapi tiada tindak balas dan ekoran itu dibawa ke Hospital Semporna dan doktor bertugas mengesahkan pelancong tersebut telah meninggal dunia sebelum tiba di hospital lagi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Berdasarkan siasatan awal, Peter berkata lelaki itu bersama-sama enam rakannya tiba ke pusat peranginan itu pada 10 pagi untuk menginap dan ketika itu kawasan menyelam telah dibuka seawal 7 pagi sehingga 5 petang.


“Berdasarkan keterangan pengadu yang juga pemilik pusat itu bahawa jaket keselamatan disediakan di pusat itu tetapi ketika kejadian mangsa tidak memakainya dan mangsa hanya berenang dan bukan melakukan aktiviti menyelam,” katanya.

Menurutnya, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – BERNAMA

Kategori