Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Budak 8 Tahun Belajar...

KITA biasa mendengar orang belajar bermain muzik, memasak hidangan dan membuat kraftangan melalui...

Suspek Op Lavish Dibebas...

ALOR SETAR - Suspek utama kes rasuah membabitkan permit kerja ekspatriat dan profesional...

Lebih Banyak Jenama Terkemuka...

PUTRAJAYA - Cabang runcit Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Eraman Malaysia, akan menerima...

3 Anak Perlis Antara...

KANGAR - Tiga anak Perlis adalah antara 22 pelajar di seluruh negara yang...

Pelapor PBB: Myanmar Hentikan Genosid Rohingya

KUALA LUMPUR – Sekumpulan 16 bekas pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa kerajaan Myanmar, khususnya pemenang Hadiah Nobel Keamanan Aung San Suu Kyi, agar menghentikan genosid, pembersihan etnik serta arson ke atas etnik Rohingya.

Mereka juga menggesa semua ketua negara dan kerajaan memanfaatkan Perhimpunan Agung PBB semasa di New York sebagai peluang untuk mengajak rakan sejawatan, terutama dari Myanmar dan Bangladesh, berbincang bagi menghentikan perbuatan jenayah terhadap kemanusiaan ini.

“Kami, bekas pelapor khas PBB, walaupun telah menamatkan mandat kami, tidak boleh lari daripada tanggungjawab kami dalam melindungi hak asasi mereka yang ditindas.

“Kami bimbang kerana dalam tempoh kurang tiga minggu, hampir 400,000 pelarian Rohingya meninggalkan Myanmar ke Bangladesh sementara beratus lagi dibunuh,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan, di sini hari ini.

Bimbang etnik Rohingya akan terus dinafikan kerakyatan sekalipun tinggal di tanah nenek moyang, bekas pelapor khas turut bersama-sama Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian dalam menekankan betapa pentingnya menghalang kewujudan orang tanpa bernegara selain memastikan hak setiap individu mendapat kerakyatan.


Enam belas pelapor khas terbabit antaranya ialah bekas Pelapor Khas mengenai Kebebasan Hakim dan Peguam Datuk Param Cumaraswamy dari Malaysia, bekas Pelapor Khas mengenai Hak untuk Makanan Olivier De Schutter (Belgium) dan bekas Pelapor Khas Mengenai Situasi Hak Asasi Manusia di Wilayah Palestin yang Diduduki sejak 1967, John Dugard (Afrika Selatan). – BERNAMA

Kategori