Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

“Isu Air Di Kelantan”

ISU air di Kelantan sememangnya masih menjadi topik hangat untuk diperkatakan. Ada sesetengah...

Sultan Johor Menerima Mengadap...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan...

KKM Keluar Garis Panduan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan menggesa rakyat Malaysia memberi perhatian serius terhadap fenomena...

Sistem STAMPS LHDN Berwajah...

KUALA LUMPUR - Selaras dengan usaha berterusan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) meningkatkan...

Pemancing Hilang Di Pulau Bunting Ditemukan Selamat

YAN – Enam pemancing bersama seorang tekong yang dilaporkan hilang selepas bot yang dinaiki mereka hanyut di perairan barat laut Pulau Bunting di sini Ahad lalu ditemui selamat oleh nelayan lain kira- kira 2 petang tadi.

Pengarah Maritim Wilayah Utara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Pertama Maritim Rozali Mohd Said berkata kesemua mereka dan bot ditemukan kira-kira 30 batu nautika dari kawasan mereka dilaporkan hilang.

Beliau berkata enjin bot mereka mengalami kerosakan.

“Maklumat awal menyatakan mereka telah berjaya membaiki kerosakan enjin tersebut dan dijumpai oleh komuniti nelayan ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Jeti Kuala Sala.

“Mereka tidak mempunyai bekalan minyak yang cukup untuk meneruskan perjalanan pulang dan bekalan minyak sedang dihantar kepada mereka. Bot itu dijangka sampai ke jeti kira-kira pukul 5 petang ini,” katanya.


Mereka yang terlibat dalam kejadian itu adalah tekong bot tersebut Kharulanuar Arshad, 39 serta enam pemancing iaitu Mohamad Ramli, 57; Muhd Salihin Ibrahim, 52; Mohd Nazri Abd Hamid, 46; Azmi Raif Mat Noh, 46; Jasni Daud, 45, dan Thai Kean Onn, 49. – BERNAMA

Kategori