Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Buka Paip, Beri Salam...

AWAS!!! Orang ramai khususnya suri rumah diminta berwaspada dengan pelbagai taktikĀ sindiket samun dan...

SPAD Pertingkat Penguatkuasaan Sempena...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan di...

Ku Li Dipanggil Menghadap...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dipanggil menghadap Yang...

Cinta Kepada Ilmu, Buku,...

PETALING JAYA - Memiliki ketinggian budi, berilmu pengetahuan dan sentiasa menunjukkan buah fikiran...

Pemandu Kren Maut Dihempap Generator

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu kren maut selepas generator yang digantung pada kren yang dikendalikan terjatuh dan menghempapnya di Taman Desa di sini petang tadi.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur Zamani Ismail berkata mangsa yang dikenali sebagai Jamil Mahamad, 35, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dalam kejadian kira-kira 5.20 petang itu.

ā€œKami segera mengerahkan seramai tujuh anggota dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 5.24 petang dan tiba kira-kira lima minit kemudian,ā€ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata sebelum kejadian mangsa dikatakan mengangkat generator itu menggunakan kren berkenaan namun terpaksa menghentikan kerja tersebut apabila hujan lebat.


ā€œSecara tiba-tiba kabel kren itu terputus dan generator itu terjatuh ke atas mangsa yang telah turun dan sedang berdiri di sebelah kren itu,ā€ katanya.

Katanya mangsa mengalami kecederaan parah di seluruh badan dan mayat telah diserahkan kepada pasukan forensik polis untuk tindakan selanjutnya. – BERNAMA

Kategori