Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Bekas Polis Ditahan Menyamar...

GEORGE TOWN - Seorang bekas anggota polis ditahan bagi membantu siasatan kes seorang...

Laporan Insiden LRT Ke...

PUTRAJAYA - Laporan siasatan kemalangan membabitkan tren Transit Aliran Ringan (LRT) pada 24...

Pelaburan Tambahan Finisar Tingkat...

PASIR SALAK - Pelaburan tambahan sebanyak RM400 juta oleh Finisar Corporation bagi kilangnya...

Aliran Trafik Di Lebuh...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan lancar setakat...

Pemandu Teksi Mengaku Tidak Bersalah Merompak

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu teksi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak seorang penumpang lelaki etnik Rohingnya, minggu lepas.

N. Vimaresan, 46, didakwa merompak wang tunai RM2,000 milik Mohammad Shofiq Mohammad Shakir yang merupakan pemegang kad Pemegang Kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), di Terminal Bersepadu Selatan, di Cheras, pada 2 petang, 24 Okt lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Timbalan Perdakwa Raya N.Joy Jothi tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan minimum dengan alasan dia menjaga dua orang anak masing-masing berusia lima bulan dan lima tahun, selain ibunya yang uzur.


Hakim Mahyon Talib tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 15 Nov untuk sebutan semula kes. Tertuduh kemudiannya dihantar ke Penjara Sungai Buloh. – BERNAMA

Kategori