Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Zulin Aziz Sedia Berkahwin...

PENYAMPAI radio Suria FM, Zulin Aziz atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abd Aziz,...

Tol Tidak Dapat Dihapus...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak dapat menghapuskan kutipan tol disebabkan masalah kewangan semasa...

TLDM Tahan 9 PATI...

LUMUT : Cubaan sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia untuk menyusup...

PTPTN Umum Dividen 4...

KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini mengumumkan dividen...

Pemergian Johami Kehilangan Besar Industri Muzik

SEREMBAN – Beberapa rakan artis menyifatkan pemergian anggota The Jayhawkers, kumpulan kugiran pop yeh yeh era 60-an, Johami Abdullah atau lebih dikenali sebagai Joe Chelliah, 73, yang meninggal dunia pagi ini, akibat barah otak sebagai satu kehilangan besar terhadap industri muzik tanah air.

Rata-rata mereka menyifatkan arwah sebagai seorang periang, aktif dan gemar bercerita tentang perancangan masa depan industri serta kejayaan yang telah diraihnya selama ini selain disifatkan sebagai seorang yang unik kerana menjadi orang bukan Melayu yang berminat bermain muzik pop yeh yeh.

Penyanyi era 60-an Datuk A. Rahman Hasan yang popular dengan lagu ‘Tak Mengapa’ ketika ditemui Bernama berkata sepanjang perkenalannya dengan Johami, Allahyarham banyak menabur jasa dalam membangunkan industri dan pendidikan muzik tanah air.

“Saya sedar sudah semakin berkurangan orang-orang yang seangkatan dengan saya…ini menampakkan semakin ramai artis zaman pop yeh yeh sudah tiada lagi. Semasa zaman kegemilangan arwah, beliau bukan sekadar berjaya dalam industri muzik sahaja malah beliau juga merupakan tenaga pengajar di Maktab Perguruan Ilmu Khas di bahagian muzik.

“Saya percaya ramai anak murid arwah yang telah berjaya menimba ilmu daripada beliau,” katanya di sini, hari ini.

Penyanyi Roziah Latiff pula berkata lagu-lagu yang dicipta oleh Johami telah berjaya melonjakkan namanya sebagai antara penghibur negara sekali gus menjadikan dirinya terkenal.

“Beliau yang bawa saya berjaya sehingga kini…itu yang membuatkan nama Roziah Latiff and The Jayhawkers masih kekal dan disebabkan lagu yang dihasilkan oleh beliau, saya sehingga kini masih lagi menerima undangan untuk menyanyikan lagu tahun 60-an.

“Ini bermakna pada saya, jasa beliau terhadap saya masih berterusan sehingga sekarang dalam industri muzik,” katanya.


Antara lagu popular yang pernah dinyanyikan Roziah Latiff bersama kumpulan The Jayhawkers ketika itu ialah Cinta Pertama, Aku Kecewa, Apa Salah Ku dan Oh Abang.

Kugiran The Jayhawkers yang diketuai Johami itu pernah memenangi Pertandingan Kumpulan RTM (RTM Band Contest) pada 1969 dan Pertandingan Pancaragam pada 1977. Beliau menganggotai kumpulan itu dari 1964 hingga 1976 dan merakamkan empat album pop yeh yeh bersama Roziah.

Johami menghembuskan nafas terakhirnya di sisi isteri Nohamidah Abdul Hamid, 67, di kediamannya di Taman Pinggiran Golf di sini, pada 4.20 pagi tadi.

Allahyarham meninggalkan dua anak perempuan dan seorang lelaki berusia antara 34 hingga 46 tahun. – BERNAMA

Kategori