Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Video: Sampai Hati Kau...

KAJANG - Tergamak betul! Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan dan masih bertali...

Maut Ketika Selamat Isteri...

IPOH - "Demi menyelamatkan isteri dan anaknya, abang saya terkena renjatan elektrik akibat...

Dua Lelaki Ditahan Dipercayai...

PETALING JAYA: Polis menahan dua lelaki yang memuat naik kenyataan disyaki berbaur ugutan...

Video Pukul Warga Asing...

KAJANG - Polis giat mengesan sekumpulan individu yang memukul seorang lelaki warga asing...

Pemilihan Semula CEC DAP Diadakan Pada 12 November

KUALA LUMPUR – Pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP akan diadakan 12 Nov ini di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam satu sidang media khas hari ini berkata tarikh berkenaan telah dipersetujui Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Beliau berkata parti itu juga akur dengan arahan ROS untuk menggunakan semula senarai perwakilan DAP seramai 2,576 orang pada 2012 pada sesi pemilihan semula itu nanti.

“Kita tak gentar untuk adakan pemilihan parti sama ada menggunakan senarai wakil 2012 atau senarai wakil baharu, kita teruskan dengan keputusan dibuat ROS pada 21 Sept lepas.

“Kita minta semua wakil berdasarkan senarai pada 2012 untuk hadir…tentu ada yang takkan hadir kerana telah meninggal dunia atau faktor-faktor lain itu pun dah dipersetuju ROS, mereka boleh dikeluarkan nama,” katanya.

Pada 17 Julai, DAP menerima surat daripada ROS yang mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula CEC.


Arahan itu dikeluarkan berikutan ROS masih belum menerima dan mengiktiraf pemilihan parti yang dijalankan oleh DAP pada 15 Dis 2012 dan pemilihan semula pada 29 Sept 2013.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata pemilihan semula DAP itu akan diuruskan firma audit bebas, Grant Thornton yang akan bertindak sebagai pegawai pengurus pilihan raya dan pemilihan firma antarabangsa itu telah dipersetujui ROS.

Katanya kesemua calon yang juga akan mengguna pakai senarai asal pada pemilihan 2012, selain senarai perwakilan yang akan terlibat pada sesi pemilihan semula itu nanti kini sedang diaudit syarikat berkenaan. – BERNAMA

Kategori