Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pupuk Perpaduan Melalui Program...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan...

Korea Utara Lancar 3...

SEOUL - Korea Utara membedil tiga peluru berpandu balistik jarak dekat hari ini,...

Isteri Kartunis Zunar Ditahan...

PUTRAJAYA -- Isteri kepada kartunis kontroversi, Zulkifli Anwar Ulhaque atau dikenali sebagai Zunar...

Cristiano Ronaldo Labur Mewah...

LISBON - Bintang bola sepak sensasi Portugis, Cristiano Ronaldo mengembangkan lagi empayar perniagaannya...

Penaiktarafan Unit Kardiologi HSNZ Lancarkan Rawatan

KUALA TERENGGANU – Penaiktarafan unit rawatan kardiologi Hospital Sultanah Nur Zahiran (HSNZ) Kuala Terengganu seperti yang diumumkan perdana menteri dalam pembentangan Bajet 2018 hari ini dapat meningkatkan mutu perkhidmatan rawatan sakit jantung rakyat negeri ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Mohammad Omar berkata pengumuman yang sangat ditunggu-tunggu itu dapat membantu pihak hospital melancarkan rawatan terhadap pesakit yang mengalami masalah jantung di negeri berkenaan yang semakin meningkat.

“Kami sudah ada unit kardiologi sejak tahun 2010 dengan dua orang pakar kardiologi bagi merawat kes-kes jantung seperti angioplasty dan stenting yang boleh dibuat di HSNZ tanpa perlu ke Institut Jantung Negara (IJN).

“Ia dapat menampung sebanyak 20 hingga 30 kes seminggu.;..malangnya kita tiada kemudahan wad kardiologi dan pemulihan jantung yang lengkap dan moden.

“Alhamdulillah unit rawatan jantung HSNZ akan dinaik taraf dan boleh mengendalikan kes-kes yang lebih rumit. Sebelum ini tiada wad khas dan wad pemulihan rawatan jantung dan ICU jantung amat terhad dan sempit, pesakit pula terpaksa berhimpit-himpit,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM27 bilion bagi meningkatkan taraf perkhidmatan kesihatan termasuk menaik taraf unit kardiologi HSNZ.


Dalam pada itu Mohamad berkata sejak 1985, pesakit jantung yang dimasukkan ke ICU hanya mempunyai empat katil dan beroperasi dalam keadaan begitu hampir 32 tahun.

“HSNZ hanya boleh terima kes jantung sahaja pada sesuatu masa, jadi sudah tiba masanya untuk dinaik taraf sesuai dengan permintaan pesakit yang bertambah dari tahun ke tahun.

“Begitu juga wad pemulihan yang hanya ada 16 katil sebelum ini, lagi menyedihkan pesakit bercampur antara lelaki dan perempuan.

Dengan naik taraf ini, bilangan katil akan ditambah dengan peralatan lebih moden dan canggih untuk pesakit jantung,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya menganggarkan sekitar RM30 juta untuk penaiktarafan berkenaan dan mungkin lebih tinggi bergantung kepada peruntukan yang diberikan kepada Kementerian Kesihatan. – BERNAMA

Kategori