Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bakal Jadi Bapa, Nubhan...

PENYANYI Nubhan, 31, yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi mengambil inisiatif...

Pyongyang Lancar Lagi Empat...

SEOUL – Korea Utara melancarkan empat peluru berpandu balistik dalam ujian senjata terbaharu...

Tiada Kejadian Culik Kanak-Kanak...

KUANTAN - Dakwaan berlaku kes culik melibatkan beberapa kanak-kanak di sekitar daerah Rompin...

Isu Kuil: Tular Di...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan penularan berita palsu dalam pelbagai...

Penampilan Khas Mat Taib Dalam Siri Jelajah Isu Semasa

SHAH ALAM – Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhamad Taib yang kembali ke pangkuan UMNO, akan membuat penampilan khas dalam siri jelajah penerangan isu-isu semasa di Selangor anjuran Badan Perhubungan UMNO negeri.

Ketua Penerangannya Datuk Zein Isma Ismail berkata siri pertama jelajah itu akan diadakan di sembilan kawasan mulai 17 Okt di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya.

“Pada siri jelajah ini nanti kami tampilkan Tan Sri (Muhammad) yang akan berkongsi pengalamannya sepanjang berada dalam pakatan pembangkang.

“Beliau ingin mengingatkan pengundi di Selangor khususnya mengenai kepincangan yang berlaku dalam pakatan pembangkang supaya rakyat tidak tersalah pilih pada pilihan raya umum akan datang,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Pada 17 Sept lepas, Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Muhammad kembali ke pangkuan parti itu, selepas sebelum ini bertindak keluar UMNO dan menyertai PAS pada April 2013 sebelum menyertai PKR pada September 2015.

Ditanya sama ada Muhammad masih mempunyai pengaruh untuk menyakinkan rakyat, Zein Isma berkata sebagai bekas Menteri Besar selama 11 tahun dan pernah menjadi Naib Presiden UMNO serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor selama dua penggal, Muhammad sudah pasti bukan seorang tokoh yang kecil.

“Semasa saya masih dalam Pemuda (UMNO) beliau banyak menjalankan gerak kerja dan sebagai menteri besar banyak jasanya kepada Selangor. Justeru, beliau masih mempunyai pengaruh untuk menyakinkan bukan sahaja pengundi veteran malah pengundi muda untuk menolak pakatan harapan di Selangor,” katanya.


Dalam isu lain, Zein Isma membidas kenyataan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam bahawa kerajaan negeri telah memberi kelulusan terhadap penganjuran pesta makanan dan minuman Jerman sejak beberapa tahun lalu kerana pihak penganjur mematuhi syarat ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Beliau berkata kenyataan itu menunjukkan Mohamed Azmin langsung tidak sensitif terhadap rakyat Selangor yang majoritinya beragama Islam.

“Tidak logik Mohamed Azmin menyerahkan sepenuhnya keputusan penganjuran pesta itu kepada PBT…beliau ketua kerajaan negeri. Ini menunjukkan seperti beliau tunduk kepada DAP dan DAP menguasai segala-galanya,” katanya.

Pada Isnin lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya kekal dengan pendirian untuk tidak membenarkan penganjuran pesta makanan dan minuman Jerman yang dijadual berlangsung di sebuah pasar raya di Klang pada 12 dan 13 Okt ini, ekoran wujud ancaman militan berkaitan acara berkenaan. – BERNAMA

Kategori