Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Diana Dah Tak Cemburu...

JIKA sebelum ini, pelakon Diana Danielle menimbulkan kontroversi apabila dikatakan cemburu melihat gandingan...

GMMF Mengutuk Keras Serangan...

KUALA LUMPUR - Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMMF) menyuarakan kebimbangannya serta mengutuk sekeras-kerasnya...

6 Bulan Pastikan Ketirisan...

KUALA TERENGGANU: Kerajaan memberi tempoh enam bulan bagi melihat keberhasilan Ops TIRIS yang...

Nora Danish Ambil Tindakan...

Pelakon Nora Danish terpaksa mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang memanipulasi kenyataannya berhubung...

Pendapatan Isi Rumah Malaysia Meningkat 6.9%

KUALA LUMPUR – Pendapatan isi rumah bulanan di Malaysia berdasarkan kiraan penengah bagi kumpulan terendah 40 peratus (B40), kumpulan pertengahan 40 peratus (M40) dan kumpulan tertinggi 20 peratus (T20) didapati meningkat sejak tahun 2014.

Berdasarkan kiraan penengah, kumpulan isi rumah M40 Malaysia merekodkan pertumbuhan tertinggi sebanyak 6.9 peratus setahun diikuti oleh kumpulan isi rumah B40 (6.6 peratus) dan T20 (6.2 peratus)

Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia, Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata,  pendapatan isi rumah bulanan penengah bagi kumpulan B40 meningkat kepada RM3,000 berbanding RM2,629 pada tahun 2014.

“Pendapatan isi rumah bulanan penengah bagi kumpulan M40 meningkat kepada RM6,275 pada tahun lalu berbanding RM5,464 pada tahun 2014.

“Pendapatan isi rumah bulanan penengah bagi kumpulan T20 pula meningkat kepada RM13,148 pada tahun 2016 berbanding RM11,610 pada tahun 2014,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Uzir berkata, Kuala Lumpur mencatatkan pendapatan penengah tertinggi iaitu RM9,073 diikuti oleh Putrajaya (RM8,275), Selangor  (RM7,225), Labuan (RM5,928), Johor (RM5,652), Melaka (RM5,588) dan Pulau Pinang (RM5,409), manakala negeri-negeri lain merekodkan pendapatan penengah di bawah paras nasional iaitu RM5,228.

Menurut beliau, Terengganu mencatatkan peningkatan tertinggi kadar pertumbuhan sebanyak 10.9 peratus dari tahun 2014 hingga 2016.

Kata beliau, enam negeri lain turut melepasi kadar pertumbuhan penengah di peringkat nasional, iaitu Perlis (9.2 peratus), Kuala Lumpur (8.7 peratus), Pahang (8 peratus) Selangor (7.5 peratus), Perak (7.5 peratus) dan Pulau Pinang (7.0 peratus)

Sementara itu, katanya, berdasarkan kiraan secara purata pula, pendapatan isi rumah bulanan purata Malaysia didapati meningkat daripada RM6,141 pada tahun 2014 kepada RM6,958 pada tahun 2016 iaitu peningkatan 6.2 peratus pada nilai nominal.

Pendapatan isi rumah bulanan penengah bagi kumpulan B40 meningkat kepada RM2,848 berbanding RM2,537 pada tahun 2014.

Manakala, pendapatan isi rumah bulanan penengah bagi kumpulan M40 meningkat kepada RM6,502 pada tahun lalu berbanding RM5,662 pada tahun 2014.

“Pendapatan isi rumah bulanan penengah bagi kumpulan T20 pula meningkat kepada RM16,088 pada tahun 2016 berbanding RM14,305 pada tahun 2014,” katanya lagi.


Jelas beliau, pada nilai benar, pendapatan isi rumah bulanan purata di Malaysia tumbuh pada kadar 4.2 peratus setahun.

“Pendapatan isi rumah bulanan purata di bandar meningkat 5.8 peratus setahun daripada RM6,833 kepada RM7,671  dalam tempoh 2014 hingga 2016.

“Sementara itu, pendapatan isi rumah bulanan purata di luar bandar pula bertambah pada kadar 6.5 peratus setahun daripada RM3,831 (2014) kepada RM4,359 (2016),” katanya.

Kata Mohd. Uzir, statistik itu menunjukkan pengagihan pendapatan isi rumah di Malaysia bertambah baik dan insiden kemiskinan keseluruhan juha bertambah baik daripada 0.6 peratus pada 2014 kepada 0.4 peratus pada 2016.

Pada masa sama, katanya, insiden kemiskinan di bandar dan luar bandar turut mencatatkan penurunan masing-masing kepada 0.2 peratus dan 0.1 peratus.

“Kesemua negeri mencatatkan penurunan dalam insiden kemiskinan dengan perubahan ketara di Sabah daripada empat peratus pada 2014 kepada 2.9 peratus pada tahun 2016,” katanya.

Semua maklumat tersebut adalah berdasarkan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2016 dan 2017 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia bermula Mei 2016 hingga April lalu.

Kaedah temuramah secara bersemuka digunakan dalam penyiasatan yang dijalankan menggunakan pensampelan berkebarangkalian yang mewakili semua isi rumah rakyat Malaysia. – MYNEWSHUB.CC

Kategori