Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Boleh Berbahas Isu Melayu,...

Para perwakilan UMNO yang berucap pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 bebas membangkitkan isu...

Fouziah Gous Disahkan Hamil...

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon jelita Fouziah Gous yang baharu sahaja menerima khabar gembira...

Luahan Hati Nazrin Dikemukakan...

SHAH ALAM - Beberapa artikel di dalam blog mimpipari.blogspot.com dikemukakan sebagai eksibit dalam...

Sultan Johor Kurnia Pesawat...

HADIAH... Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sebuah pesawat jenis Amphibious...

Pendedahan Zaid Ibrahim Bukan Mengejutkan

BERA – Pendedahan Datuk Zaid Ibrahim bahawa Ketua Parlimen DAP Lim Kit Sing memang berniat menjadi perdana menteri sekiranya pembangkang menang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, seharusnya membuka mata rakyat Malaysia khususnya orang Melayu dan bumiputera.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata walaupun sebelum ini pemimpin pembangkang itu sering menafikan perkara itu, kenyataan yang dibuat Zaid jelas menunjukkan Lim sengaja bermain ‘drama’ semata-mata ingin mendapatkan sokongan kaum Melayu.

“Pendedahan Zaid jelas menunjukkan agenda agenda sebenar pemimpin itu… ia bukan sesuatu yang mengejutkan kerana kalau saya ucapkan perkara ini dahulu semasa merasmikan persidangan UMNO bahagian, ramai yang menganggapnya hanya sebagai teori.

“Tetapi hari ini, ia dijelaskan dan disahkan sendiri oleh Zaid bahawa ia agenda sebenar mereka hendak menumbangkan kerajaan demi menjadi pemimpin di negara ini,”katanya.


Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri perjumpaan tertutup dengan Ketua Cawangan UMNO Bahagian Bera di Bangunan UMNO Bahagian, di sini, hari ini.

Seramai 55 ketua cawangan hadir pada majlis itu yang berlangsung kira-kira sejam. – BERNAMA

Kategori