Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lawat Singgah Pasar Seni...

KUALA LUMPUR – Biarpun teruk dikritik pelbagai pemimpin kerajaan dan parti pemerintah, Tun Dr....

Peminjam Perlu Nyata Persetujuan...

PUTRAJAYA - Peminjam dan pelanggan yang mahu meneruskan moratorium enam bulan perlu menyatakan...

Wanita UMNO Mahu Presiden,...

KUALA LUMPUR - Pergerakan Wanita UMNO yang mengadakan perhimpunan agung di sini hari...

RUU 355: Ratusan Berdemo...

PETALING JAYA - "Hancur Nanyang!"... demikianlah gema ratusan peserta perhimpunan protes karikatur disiarkan...

Pengarah Kolej Bebas Reman SPRM Hari Ini

KUANTAN – Seorang pengarah sebuah kolej swasta di Maran dekat sini, dibebaskan hari ini daripada tahanan reman lima hari bagi membantu siasatan rasuah berkaitan pengeluaran sijil asasi sains kepada pelajar yang mahu melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di luar negara.

Majistret Humairah KM Haider membenarkan lelaki berusia 53 tahun itu dibebaskan dengan jaminan RM7,000 selepas tempoh remannya yang diperoleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tamat.

Peguam Datuk Ng See Teong berkata SPRM memaklumkan beliau bahawa mereka akan memanggil anak guamnya jika mereka berhasrat meneruskan pendakwaan.

“SPRM memberitahu bahawa mereka sedang mengesan 20 orang saksi, bekas pelajar kolej itu, yang berada di dalam dan luar negara,” katanya kepada pemberita semasa ditemui di Kompleks Mahkamah Kuantan.

Suspek ditahan Jumaat lepas, bagi menyiasat dakwaan rasuah RM2,500 bagi setiap pelajar yang memerlukan sijil itu. – BERNAMA

Kategori