Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jenazah Ibu MB Selangor...

KUALA LUMPUR - Jenazah Che Tom Yahaya, 82, ibu kepada Menteri Besar Selangor,...

3 Maut Rusuhan Penjara...

TEGUCIGALPA - Tiga banduan terbunuh termasuk seorang ditembak ketika rusuhan penjara di Honduras...

COVID-19: Kluster Apas Dikesan...

PUTRAJAYA - Satu kluster baharu dikesan di Selangor iaitu Kluster Apas yang kini...

Pesawat AirAsia Tidak Dibenar...

JAKARTA – Pesawat syarikat penerbangan milik Indonesia, AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang sejak...

Pengawal Keselamatan Pukul, Aibkan Polis Didakwa

PETALING JAYA – Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini terhadap pertuduhan memukul dan menggunakan perkataan mengaibkan terhadap seorang anggota polis.

N. Ganesan, 40, didakwa menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam iaitu Koperal Che Shazlan Adli Nawi daripada menjalankan kewajipannya dengan memukul bahagian tepi kepalanya di tempat letak kereta Pangsapuri Seroja, Taman Puchong Perdana, Puchong, di sini, pada 8.30 malam, 15 Okt lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga dua tahun, atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Ganesan didakwa dengan sengaja menggunakan perkataan yang mengaibkan dan menunjuk isyarat lucah kepada anggota polis itu di tempat, tarikh dan masa sama mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM100, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan, bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan rendah.


Majistret Fadzlin Suraya Mohd Suah membenarkan Ganesan diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 14 Nov untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • pukul

Kategori