Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Melaka: Kestabilan Tidak Kekal...

KUALA LUMPUR : Pengukuhan dengan jumlah kemenangan kerusi yang besar dalam Pilihan Raya...

Pasangan Kekasih Dikecam Bergayut...

PASANGAN kekasih yang mengecapi populariti dengan berkongsi gambar percutian luar biasa mereka di...

Pendaftaran Automatik, 5.8 Juta...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) meminta 5.8 juta bakal pemilih...

Pembantu Rumah Didakwa Curi...

KUALA LUMPUR - Seorang pembantu rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang dekat sini...

Pengebom Bunuh Diri Wanita Sebabkan 13 Terbunuh

MAIDUGURI – Seramai 13 orang terbunuh, manakala lima yang lain cedera, apabila seorang pengebom bunuh diri meletupkan dirinya di sebuah kem pelarian di bandar Maiduguri di timur laut Nigeria pada Ahad.

Pesuruhjaya Polis, Damian Chukuw berkata, kejadian berlaku di Muna Garage, kawasan menempatkan kem untuk pelarian yang melarikan diri daripada konflik keganasan.

Dua lagi insiden oleh penyerang bunuh diri, mengakibatkan lebih sedozen yang lain cedera.

Ketiga-tiga serangan itu, dipercayai dilakukan pengebom bunuh diri wanita.

Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu, tetapi menurut polis militan Boko Haram dipercayai dalang di sebalik serangan berkenaan.

Mangsa terkorban terdiri penduduk yang sedang membeli makan malam di sebuah restoran, sementara dua lagi pengebom berani mati meletupkan diri mereka beberapa minit kemudian, menyebabkan 16 orang cedera.


Sejak lapan tahun lalu, keganasan oleh pemberontak Boko Haram, membunuh lebih 20,000 orang.

Satu laporan dikeluarkan Amnesty International iaitu sebuah kumpulan penyokong hak asasi manusia pada bulan lepas, mendedahkan sekurang-kurangnya 223 orang awam terbunuh sejak April, bulan Ogos sahaja 100 orang awam maut.

Sejumlah 2.3 juta orang di Nigeria, Cameroon, Chad dan Niger terpaksa berpindah dan lebih tujuh juta lagi menghadapi masalah kekurangan makanan yang serius. – BERNAMA

Kategori