Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ahli Politik Hadapi Misi...

KUALA LUMPUR – Ahli politik menghadapi misi di “medan tempur” untuk meyakinkan anak-anak...

‘Budak Baik’ Dalam Kabinet

SIAPA masih ingat tokoh politik tanah air, Tun Daim Zainuddin pernah menyifatkan Datuk...

Peminat ‘Histeria’ Dengan Rambut...

AHLI kumpulan One Direction (1D), Harry Styles mencetuskan 'histeria' dalam kalangan peminat setianya...

Selangor Sedia Bubar DUN...

SHAH ALAM : Selangor bersedia untuk melaksanakan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak...

Pengurus Kedai Barang Kemas Pecah Amanah

KUALA LUMPUR – Seorang pengurus kedai barang kemas dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan pecah amanah pelbagai barang kemas.

Tertuduh, Chia Heng Huat, 36, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Hasbullah Adam.

Chia yang merupakan pengurus cawangan My Diamond di Kepong, didakwa dengan curangnya menyalahgunakan 11 bentuk cincin berlian emas putih, enam pasang kerabu (anting-anting) berlian emas putih, satu loket berlian emas putih dan dua utas rantai emas dengan mengambil barang-barang itu.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu kedai emas berkenaan di Sentul, pada 3 Julai sehingga 13 Okt 2017.
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan maksimum 14 tahun, boleh dikenakan sebat dan didenda.

Timbalan Pendakwa Raya Faridah Nurdinie Bahrum tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin.

Tertuduh yang diwakili peguam Chong Yik Loong merayu dibenarkan diikat jamin sebanyak RM50,000.


Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM55,000 dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 27 Nov untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Kategori