Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Warga Emas Dikhuatiri Lemas...

SUNGAI PETANI - Seorang warga emas yang keluar memancing dikhuatiri lemas selepas bot...

‘Polo Fashion’ Mengubah Hidup...

DILAHIRKAN di bandar raya New York pada 14 Oktober 1939, Ralph Lauren atau...

Harimau Malaya Jinakkan Garuda...

HARIMAU Malaya meneruskan momentum kemenangan dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023...

Chegubard Dedah Siapa Sebenarnya...

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin mendakwa...

Penjual Kereta Dipenjara Miliki Kereta Curi

KUALA LUMPUR – Seorang penjual kereta dihukum penjara tujuh bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini selepas mengaku bersalah memiliki sebuah kereta curi, minggu lepas.

Majistret Haslinda A.Raof menjatuhkan hukuman itu ke atas Effy Mohd Jamin, 40, yang didakwa memiliki barang curi iaitu sebuah kereta milik seorang lelaki, R.Pommayah, 41, di hadapan JPJ Panji, Kota Bharu, Kelantan, pada 3.40 petang, 12 Okt lepas.

Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada 16 Oktober dan jika tertuduh gagal membayar denda, dia boleh dipenjara empat bulan lagi.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan boleh juga didenda.

Mengikut fakta kes, pada 27 September, Pommayah telah kehilangan keretanya yang diparkir dalam keadaan berkunci di kawasan rumahnya dan pada 12 Oktober tertuduh telah terlibat dalam satu kemalangan di Kota Bharu dan hasil siasatan polis mendapati kereta yang dipandu tertuduh itu adalah milik Pommayah.


Ketika rayuan tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman penjara minimum kerana dia perlu menyara isterinya yang tidak bekerja dan dua anak berusia lapan dan 11 tahun serta dia tidak dapat berjauhan dengan kedua-dua anaknya itu.

Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abdul Razak memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh. – BERNAMA

Kategori