Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pertemuan Empat Mata PM...

ANKARA : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dalam rangka lawatan...

Tak Ada Duit Nak...

KUALA LUMPUR - Seorang bakal pengantin telah membuat laporan polis malam Ahad lalu kerana mendakwa...

Pengasuh Guna Objek Panas...

SEORANG pengasuh ditahan selepas didakwa menyebabkan kesan lecur pada kanak-kanak asuhannya menggunakan iron...

Sikap Tenang Peja Hadapi...

KUALA KANGSAR - Tenang serta tidak mudah melatah berdepan dengan pelbagai kritikan, asakan...

Penolong Pegawai AADK Ditahan Reman 3 Hari

SEREMBAN – Seorang penolong pegawai Antidadah Kebangsaan (AADK) daerah Sepang direman tiga hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung dua kes rasuah bagi kerja pembekalan dan perkhidmatan program pencegahan dadah pada April tahun lalu dan Mac tahun ini.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Rahimah Rahim di Mahkamah Khas Reman Seremban di sini berikutan permohonan Pegawai Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Khairi Abdul Karim.

Permohonan reman dikemukakan terhadap pegawai wanita berusia 34 tahun itu yang diwakili peguam, Badrul Munir Mohd Bukhari.

Terdahulu, wanita terbabit hadir ke pejabat SPRM Negeri Sembilan, di sini bagi memberi keterangan sebelum ditahan antara jam 3.22 petang hingga 3.32 petang semalam.

Tangkapan itu dilakukan selepas SPRM menerima laporan bahawa suspek dipercayai telah mempengaruhi Ketua Daerahnya bagi melantik syarikat Muqriz Jaya Enterprise milik seorang anggota keluarganya, pada April tahun lepas, untuk melaksanakan kerja pembekalan dan perkhidmatan Program Sayangi Hidup Elak Derita Selamanya, yang berjumlah RM5,160.


Kes kedua pula, suspek dipercayai telah melantik syarikat New Sapphire Enterprise, milik seorang lagi anggota keluarganya pada Mac tahun ini, bagi kerja pembekalan ke atas program Keluarga Bebas Dadah ‘Family On Alert’ – Pencegahan Bermula Dari Rumah, berjumlah RM1,000. Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • AADK

Kategori