Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Wartawan Hiburan Veteran Mama...

WARTAWAN hiburan veteran yang dikenali ramai, Mama Juwie menghembuskan nafas terakhir  jam 10.30 malam...

Isu Rohingya Bakal Bakal...

KUALA LUMPUR - Keadaan yang tidak menentu berhubung isu Rohingya di negeri Rakhine,...

Prasarana Tingkat Pemantapan Akuan...

KUALA LUMPUR - Selaras dengan aspirasi memperkasakan integriti dalam urusan dan operasinya, Prasarana...

Dasar KKP Negara Dilancar

SEPANG: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail malam ini melancarkan Dasar Keselamatan...

Penonton MotoGP Diminta Patuhi Arahan Polis

SEPANG – Polis meminta peminat yang hadir ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bagi menyaksikan perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2017 hujung minggu ini, mematuhi arahan pasukan keselamatan itu sepanjang masa.

Dengan lebih 160,000 orang dijangka mengunjungi SIC bermula esok hingga Ahad ini, Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), ACP Zulkifli Adamshah berkata pihaknya akan menempatkan anggota yang mencukupi untuk mengawal keselamatan dan lalu lintas.

“Saya menasihatkan peminat supaya mengutamakan keselamatan, hadir lebih awal dan letak kenderaan di tempat disediakan dan pastikan berkunci. Penonton juga diminta supaya tidak meletakkan kenderaan di tepi jalan kerana kami akan menunda kenderaan yang menghalang lalu lintas.

“Bagi mengelak kesesakan, penonton digalak supaya berkongsi kenderaan dan menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan teksi. Polis akan mengawal lalu lintas sepanjang tiga hari ini, dan sila ikuti arahan sepanjang masa,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau turut menasihatkan penonton supaya berhati-hati dengan penyeluk saku dan penjual tiket palsu, selain memberi amaran keras supaya tidak menjadi marshal konvoi sehingga membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIC Datuk Razlan Razali mengesahkan lebih 85,000 tiket bagi edisi ke-19 MotoGP itu terjual sehingga hari ini, menyaksikan peningkatan lima peratus berbanding tahun lalu.


“Tiket hanya tinggal sedikit di bahagian ‘hillstand’. Lebih 80,000 tiket terjual, ia menjadi acara yang besar dan kami harap penonton akan mematuhi arahan polis sepanjang masa untuk kebaikan semua pihak.

“Mengenai litar, kami sudah mengalihkan penghalang tayar yang digunakan untuk perlumbaan Formula Satu (F1) lepas, selain meletakkan pagar keselamatan di selekoh pertama yang merupakan keperluan baharu bagi musim ini,” katanya.

Berbaki dua perlumbaan, pelumba Sepanyol Marc Marquez daripada pasukan Honda semakin menghampiri gelaran dunia keempatnya apabila mengumpul 269 mata, berkelebihan 33 mata berbanding pencabar terdekat, Andrea Dovizioso daripada pasukan Ducati. – BERNAMA

Kategori