Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Hafiz Indonesia Jadi Imam...

ISTANBUL - Seorang pelajar Indonesia, Aswar Anas, bukan sahaja mampu menjadi imam solat...

Perak Ikat Pemain Azkals,...

IPOH – Ketua pasukan skuad kebangsaan Filipina (Azkals), Misagh Bahadoran dan pemain kelahiran...

‘Selamat Tinggal Wahai Kembarku’

NEW YORK - Gambar seorang bayi bertemu buat pertama kali dengan kembarnya sambil...

PM Lancar JR Plus,...

KUALA LUMPUR - Lebih 5,000 anggota pergerakan sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN)...

Pensyarah UKM Dinobat Felo Kolej Pakar Bedah AS

SAN DIEGO – Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Datuk Dr. Hanafiah Harunarashid dinobat sebagai Felo Kolej Pakar Bedah Amerika Syarikat (ACS) pada Kongres Klinikal Tahunan 2017 kolej tersebut di sini semalam.

UKM dalam satu kenyataan media berkata, ACS merupakan sebuah organisasi pakar bedah terbesar dan memiliki keahlian lebih 80,000 di seluruh dunia.

“Felo ACS dianugerahkan kepada pakar-pakar bedah di mana pendidikan dan latihan, kelayakan profesional, kecekapan pembedahan dan tingkah laku yang beretika telah berjaya melepasi penilaian dan dilihat konsisten dengan piawaian tinggi yang telah dibangunkan dan dituntut oleh kolej tersebut,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, Hanafiah mendapat pendidikan awal di Kolej Melayu Kuala Kangsar dan beliau merupakan lulusan Universiti St. Andrews United Kingdom dan pernah dianugerahkan Pingat Emas Margaret-Pickerring.

Beliau seterusnya mendapat ijazah kedoktoran dengan kehormatan berganda dari Universiti Edinburgh. Beliau kini Ketua Pusat Kemahiran Pembedahan Termaju (ASSC) iaitu pusat latihan terkini untuk pakar bedah.


Pada tahun 2015, beliau telah dianugerahkan Pingat Pembedahan Antarabangsa dari Royal College of Surgeons di Edinburgh atas kerja dan perkhidmatan beliau di dalam bidang pembedahan dan telah dilantik sebagai Penasihat Pembedahan Antarabangsa Royal College of Surgeons di Edinburgh. -MYNEWSHUB.CC

Kategori