Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Banjir: Gerakan Gesa DAP...

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP hari ini didesak mengakui kejadian...

Bakal Isteri Hael Harus...

PADA usia 30 tahun pasti ia akan menjadi usia yang paling ideal bagi...

Jangan Benar Agenda Mahathir...

BENTONG - Rakyat tidak boleh membenarkan agenda peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad merampas...

Dua Beradik Maut Kereta...

KUALA KANGSAR - Tiga termasuk dua adik-beradik maut selepas kereta dinaiki dirempuh sebuah...

Penyelewengan Dana: SPRM Tahan 3 Lagi Individu

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan tiga lagi individu bagi membantu siasatan penyelewengan dana Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dianggarkan bernilai RM1.5 bilion di Sabah.

Menurut sumber SPRM, ketiga-tiga mereka merupakan pemimpin daripada dua parti politik.

“Ketiga-tiga mereka ditahan kira-kira 5 petang tadi di pejabat SPRM Tenom dan Tawau,” katanya di sini hari ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu namun enggan mengulas lanjut.

Khamis lepas, SPRM menahan tiga individu termasuk seorang bekas timbalan setiausaha bahagian sebuah kementerian dalam siasatan berhubung penyelewengan dana berkaitan projek di Sabah sejak 2009 hingga 2015. Jumlah berkenaan adalah sebahagian daripada RM7.5 bilion peruntukan kerajaan pusat yang disalurkan untuk melaksanakan projek luar bandar di Sabah.


Kesemua suspek yang ditahan sebelum ini telah direman bagi membantu SPRM menjalankan siasatan lanjut. – BERNAMA

Kategori