Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PM Ucap Takziah Kepada...

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah kepada penyandang kerusi...

Polis Kesan 40 Lelaki...

JOHOR BAHRU - Polis Johor sedang mengesan 40 lelaki bagi membantu siasatan berhubung...

Letupan Bom Muadzam Shah...

ROMPIN - Polis tidak menolak kemungkinan letupan di sebuah bank di Muadzam Shah...

Kes Gempar! PPIM ‘Terjah’...

NAMA Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) masih berbisa! Kali ini badan bukan kerajaan...

Penyiapan MRT3 Lebih Awal Boleh Dijayakan

KUALA LUMPUR – Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) akan bekerjasama dengan agensi relevan untuk mempercepatkan pembinaan projek MRT Laluan 3 (MRT3), kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Shahril Mokhtar.

Semasa membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata MRT3 atau Circle Line akan disiapkan menjelang 2025, lebih awal daripada sasaran awal pada 2027.

“Seperti juga MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang, MRT Corp akan memastikan MRT3 akan disiapkan pada masanya dan dalam lingkungan bajet,” katanya kepada Bernama semasa dihubungi.

Beliau berkata MRT Circle Line di bawah inisiatif MRT Lembah Klang akan menambah baik rangkaian hubungan dengan semua rangkaian rel sedia ada di bandar dan akan membantu menggiatkan kegiatan ekonomi dan bertindak sebagai pemangkin bagi pembangunan.


“Tarikh penyiapan lebih awal pastinya akan membolehkan rakyat memperoleh manfaat dari segi mendapat kaedah pengangkutan yang moden, efisien, dipercayai dan hijau untuk menjadikan perjalanan mereka lebih mudah dan selesa,” katanya.

Di samping itu, Najib turut mengumumkan projek LRT3 menghubungkan Bandar Utama ke Johan Setia, Klang dijangka siap menjelang Februari 2021. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MRT3

Kategori