Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Ringgit Susut Berbanding Dolar...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini...

Siti Nordiana Selesa Dengan...

SEMENJAK kemunculan semulanya dalam industri seni dengan menyertai program realiti Gegar Vaganza (GV2),...

Kenduri Gajah Jadi Tumpuan

TEMERLOH - Lukimala dan Eli antara dua gajah yang menarik perhatian pengunjung sempena...

Hina Islam, Nabi: 3...

TIGA individu ditahan manakala seorang lagi diburu polis berhubung penghinaan ke atas agama...

Perancis, Tunisia Meterai Perjanjian Lebih US$100j

TUNIS – Tunisia dan Perancis telah memeterai beberapa perjanjian bernilai 92.3 juta euro (US$108 juta) untuk merangsang kerjasama dalam pelbagai bidang, lapor agensi berita China Xinhua.

Perjanjian itu dimeterai pada mesyuarat pertama Majlis Kerjasama Tunisia-Perancis dengan kehadiran Perdana Menteri Tunisia Youssef Chahed dan rakan sejawatnya, Edouard Philippe.

Perjanjian itu memfokus kepada perkongsian dalam bidang pembangunan, kewangan, perniagaan, pelaburan dan pembiayaan berskala kecil, tenaga boleh diperbaharui, pertanian, pendidikan, penyelidikan saintifik dan latihan vokasional.

Perjanjian paling penting, dengan nilai 62 juta euro (US$72.5 juta), adalah berkaitan promosi pelaburan dan pemodenan pertanian.


Philippe memuji langkah perundangan yang telah diambil Tunisia untuk menjamin pelaburan terbabit dan berkata Perancis akan membuat lebih banyak pelaburan di Tunisia pada masa depan.

Pemeteraian perjanjian itu selaras dengan Mesyuarat Kedua Afrika 2017 yang diadakan di Tunisia dari 5 hingga 6 Okt, menyaksikan pemimpin Tunisia dan Perancis berikrar untuk memperluas perkongsian dalam keselamatan, kewangan serta pendidikan. – BERNAMA

Kategori