Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

MH370: Jabatan Pendaftaran Negara...

PUTRAJAYA - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bertindak 'mengunci mulut' berhubung sijil kematian penumpang...

94 Mati Selepas Minum...

Mumbai - Sekurang-kurangnya 94 penduduk sebuah kawasan setinggan di bandar raya ini mati...

Warga Emas Miliki Dua...

ALOR SETAR - Seorang warga emas yang memiliki dua waran tangkap kerana tidak...

Malaysia Tangga Ke-25 Penyebaran...

KUALA LUMPUR - Malaysia berada pada kedudukan ke-25 dunia dalam penyebaran perisian hasad,...

Perdana Menteri Bentang Bajet 2018

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, tiba di perkarangan Dewan Rakyat kira-kira 3.10 petang dengan memakai baju Melayu berwarna biru.

Sejurus tiba, perdana menteri menuju ke pejabatnya di Aras 2, Bangunan Parlimen untuk membuat persiapan terakhir dan mengaminkan doa yang dibacakan Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya, Datuk Abdul Manaf Mat.

Beliau kemudian berjalan sambil memegang beg berwarna hitam yang mengandungi dokumen Bajet 2018 menuju ke Dewan Rakyat.

Ini merupakan pembentangan bajet yang kesembilan bagi Najib selepas menjadi Perdana Menteri pada April 2009.

Pembentangan bajet yang menjanjikan pelbagai pengumuman penting dengan mengambil kira kepentingan rakyat daripada semua lapisan masyarakat itu, disiarkan secara langsung menerusi beberapa stesen televisyen dan radio tempatan.


Pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2018 itu dibuat di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan akan dibahaskan oleh para anggota Parlimen di peringkat dasar bermula Isnin hingga 7 November.

Ia diikuti sesi jawapan oleh menteri sebelum dibahaskan di peringkat jawatankuasa bermula 14 hingga 28 Nov. – BERNAMA

Kategori