Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Mampukah Gadis Ini Viral...

Oleh: Zaty Khan SAYA terpanggil nak menulis sejak memerhati fenomena Nasi Lemak Anak Dara...

Tak Mahu Majlis Nampak...

BAKAL berkahwin hujung bulan ini, pelakon Siti Saleha berkata dia tidak mahu majlisnya...

Pemuda Kendong Warga Emas...

TINDAKAN seorang pemuda di China sanggup mengendong warga emas menyeberangi jalan menjadi viral...

Hanya Kerana Ubah Saluran...

PETALING JAYA: Gara-gara naik angin kerana saluran televisyen diubah, seorang bapa bertindak mengelar...

Perdana Menteri Rasmi Karnival Usahawan Desa 2017

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan Karnival Usahawan Desa (KUD 2017) anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Karnival dwitahunan yang bermula 19 Oktober dan akan berakhir esok itu membuka sejumlah 721 gerai yang dikendalikan usahawan, syarikat swasta dan agensi kerajaan serta 11 gerai KKLW dan agensinya.

Menggunakan slogan ‘Usahawan Desa Produk Global’ dan hashtag #supportlocal, KUD 2017 menawarkan jualan produk usahawan yang terbahagi kepada enam kluster iaitu makanan dan minuman, produk pertanian, gaya hidup, kesihatan dan kecantikan, ICT dan ICT Kreatif serta perkhidmatan dan pelancongan.

Karnival itu turut merangkumi aktiviti utama seperti Hari Dagangan dan Padanan Perniagaan bersama 65 syarikat berpotensi, seminar keusahawanan, forum siswapreneur, persembahan kebudayaan, demonstrasi produk dan kraftangan serta demonstrasi masakan.

Hadir sama Menteri KKLW, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – BERNAMA

Kategori