KUALA LUMPUR – Pemain Amerika Syarikat, Pat Perez melonjak dalam carta kedudukan untuk mendahului pusingan kedua kejohanan golf Klasik CIMB 2017 yang berlangsung di TPC Kuala Lumpur, Bukit Kiara di sini hari ini.
Pemain berusia 41 tahun itu mencatat tujuh bawah par 65 pada pusingan hari ini, sekali gus mengumpul keseluruhan 13 bawah par 131, manakala rakan senegara Xander Schauffele hanya ketinggalan satu pukulan dengan melakukan 12 bawah par 132.
Pendahulu semalaman, Cameron Smith dari Australia, Kang Sungthoon (Korea Selatan) dan Thomas Pieters (Belgium) berkongsi di tempat ketiga, dengan masing-masing mencatat sembilan bawah par 135. – BERNAMA