Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Jari Telunjuk Tersepit Spanar...

KULIM - Budak lelaki menahan sakit beberapa jam berikutan spanar tersekat di jari...

Kerajaan Perlu Terus Proaktif...

MALAYSIA yang sebelum ini menjadi fasilitator dalam rundingan damai di wilayah Selatan Thai...

Menyamar Wanita Untuk Duduki...

HARARE - Seorang penjaga peperiksaan menangkap seorang lelaki yang cuba menduduki peperiksaan untuk...

Tikam Perut Remaja Layan...

IPOH - Dua penyamun tergamak menikam perut seorang pelajar tingkatan satu hingga parah...

Perkhidmatan Prabayar Cara Baharu Kaki Judi

MIRI – Operator perjudian siber haram di Sarawak kini menukar taktik dengan menyediakan perkhidmatan prabayar kepada kaki judi bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata sejak penutupan pusat judi siber di negeri itu, operator meneruskan kegiatan mereka dengan menyediakan perkhidmatan tambah nilai dan transaksi dalam talian kepada kaki judi menggunakan telefon mudah alih.

Cara ini membolehkan kaki judi melakukan kegiatan mereka di mana sahaja seperti kedai kopi atau di rumah, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengenai perjudian 4D haram, beliau berkata serbuan mingguan yang dilakukan berjaya mengurangkan kegiatan tersebut namun operator masih beroperasi secara tersembunyi.

“JSJ mengambil pendekatan tegas dengan menahan dan mereman operator 4D dengan harapan dapat menghalang mereka daripada membuka semula kaunter masing-masing,” katanya.

Beliau berkata polis Sarawak juga telah berjaya menghentikan kegiatan perjudian mesin slot di negeri itu menerusi penutupan kelab rekreasi dan pusat hiburan keluarga yang digunakan untuk melindungi kegiatan mereka.


“Kami yakin masalah mesin jud slot di Sarawak ini telah berakhir,” katanya, menambah sebahagian majlis perbandaran seperti Majlis Perbandaran Kota Samarahan tidak memperbaharui lesen 18 pusat hiburan keluarga di kawasannya.

Majlis Perbandaran Padawan pula membatalkan empat lesen pusat hiburan keluarga manakala lesen 12 premis di bandar raya Kuching, Serian, Miri dan Limbang masih sah sehingga akhir tahun ini namun kesemuanya tidak beroperasi.

Sementara itu, beliau berkata 96 suspek berusia 17 hingga 67 tahun termasuk 10 warga asing ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan 4D dan perjudian siber bagi tempoh 25 September hingga semalam. – BERNAMA

Kategori