Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Timbalan Menteri Pendidikan Mahu...

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching mahu isu kelewatan pembinaan...

Samsung Galaxy S7 Memasuki...

BEBERAPA minggu yang lalu, Samsung telah memperkenalkan model premium dengan sisi lengkung yang...

30 Kereta Musnah, Depoh...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 30 buah kereta lama yang ditempatkan di sebuah depoh...

Bimbang Kalah Teruk, PH...

BAKAL TEWAS... Selama ini semua maklum taktik kotor pembangkang hasut rakyat memboikot setiap...

Perlis Mahu Semua Pihak Tangani Isu Ponteng Sekolah

KANGAR – Kerajaan Perlis memandang serius masalah ponteng dalam kalangan pelajar sekolah rendah serta menengah di negeri ini, dan mahu semua pihak memainkan peranan bagi menanganinya.

Menteri Besarnya Azlan Man berkata berdasarkan pemeriksaan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), terdapat sekolah yang merekodkan ketidakhadiran hingga 200 pelajar dalam sehari, sama ada bersebab atau ponteng.

ā€œMasalah itu jika tidak ditangani akan menjadi beban kepada masyarakat dan negara pada masa akan datang,ā€ katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan yang dihoskan JPN di Dewan Warisan di sini, hari ini.

Beliau berkata antara faktor dikenal pasti mendorong pelajar ponteng adalah terlibat dengan aktiviti tidak bermoral seperti ketagihan air daun ketum dan keadaan ekonomi keluarga.

“Terdapat anak-anak nelayan membantu keluarga mereka menangkap ikan di laut, anak-anak petani diajak bekerja di sawah dan anak penoreh getah membantu keluarga menoreh getah pada waktu sekolah,” katanya.

Azlan berkata ibu bapa dinasihatkan agar tidak menjadikan kesibukan bekerja sebagai alasan untuk mengabaikan tanggungjawab terhadap persekolahan anak-anak.


Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri Izmi Ismail memberitahu daripada 104 sekolah di seluruh Perlis, 17 sekolah termasuk empat sekolah menengah merekodkan kira-kira 85 peratus pelajar kerap tidak hadir ke sekolah.

Katanya, JPN dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan pemimpin tempatan sering membuat pemantauan di kawasan berisiko tinggi dan menahan pelajar bermasalah serta memberi khidmat kaunseling.

“Kami juga turut membuat lawatan ke rumah pelajar yang ponteng untuk memberi khidmat nasihat bukan sahaja kepada mereka, tetapi juga kepada ibu bapa,” katanya. – BERNAMA

Kategori