Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Cinta Lima Tahun Nabil,...

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Ahmad Nabil Ahmad Mahir, 31, mengesahkan hubungan cintanya...

Ritual ‘Raja Bomoh’ Bodoh,...

DR MAZA menerusi satu posting di Facebook beliau hari ini, menegur perbuatan lelaki...

Mayat Wanita Di Cyberjaya:...

SUSULAN kes penemuan sekujur tubuh wanita di dalam belukar di Cyberjaya, Sepang Rabu lalu,...

Pengunjung, Peniaga Teruja Kehadiran...

KOTA MARUDU - Kehadiran mengejut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid...

Bising: Permohonan Maaf Diterima Pihak Masjid

GEORGE TOWN – Kelmarin kecoh apabila sekumpulan penduduk Cina telah membuat bising ketika jemaah di sebuah masjid berhampiran sedang menunaikan solat fardu Isyak.

Baca: Biadab Bising Ganggu Jemaah Solat Isyak Di Masjid

Kejadian yang berlaku di Masjid Maqbul, Jalan Jelutong pada Rabu itu telah menaikkan kemarahan ramai netizen yang telah menonton rakaman video tersebut sehingga menjadi tular menerusi media sosial.

Namun, terbaharu dikatakan kumpulan persatuan gendang tersebut telah tampil memohon maaf kepada Pengerusi Kariah Masjid Sungai Pinang, Elias Che Amat atas kesilapan mereka itu.

Video yang berdurasi selama hampir dua minit itu telah menunjukkan dua lelaki berbangsa Cina telah memohon maaf kepada wakil jemaah di perkarangan masjid tersebut semalam.

Oleh kerana isu semalam dah viral dan ia telah menyinggung perasaan agama dan kaum masing-masing.

“Di Pulau Pinang ini ada banyak kaum. Ada kaum Melayu, Cina dan India. Saya nasihatkan setiap kaum hormati agama masing-masing.

“Antara kaum jaga sama sendiri, jadi tiada pergaduhan sama kita,” ujar Elias.


Seramai lebih kurang tujuh orang jemaah turut menyertai sesi permohonan maaf itu sebagai saksi kejadian.

“Segala kesilapan kami minta maaf ya,” kata lelaki Cina tersebut yang lengkap berpakaian uniform persatuan itu dengan ringkas sekali.

Pada akhir video tersebut, mereka telah bersalaman dan sekali lagi nasihat telah diberikan kepada kedua-dua lelaki Cina tersebut.

Sebagai negara yang mempunyai berbilang kaum, kita seharusnya melahirkan rasa hormat-menghormati sesama sendiri.

Pergaduhan akan berlaku jika perkara seperti ini sering berlaku dan boleh merosakkan imej serta keharmonian Malaysia yang dikenali sebagai negara berbilang bangsa dan agama. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori