Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

3 Beradik Maut Ditetak...

BAGAN DATUK - Tiga beradik berusia antara dua hingga lima tahun maut selepas...

Mia Sara Kurangkan Aktiviti...

PELAKON kanak-kanak, Mia Sara bakal mengurangkan aktiviti seni bagi menumpukan perhatian terhadap pelajarannya...

Dadah Bernilai RM56,888, Senapang...

KOTA BHARU - Polis Kelantan menahan 449 orang dan merampas dadah bernilai RM56,888...

KKM: Tie Da Zhi...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) menggesa orang ramai supaya tidak membeli produk...

Perniagaan Atas Trak Mampu Tingkat Ekonomi Belia

PUTATAN – Perniagaan atas trak merupakan satu usaha yang boleh meningkatkan ekonomi dalam kalangan belia seiring dengan kemajuan negara.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Yahya Hussin berkata perniagaan jenis itu memberi banyak manfaat kepada usahawan muda, khususnya dalam menjimatkan kos perniagaan dari segi sewa premis dan kos elektrik serta air, di samping dapat mendekati pelanggan di lokasi berbeza.

“Secara tidak langsung, ini akan memberikan kesan positif kepada pemasaran dan perkembangan perniagaan tersebut.

“Dengan teknologi yang berkembang pesat di Sabah dan Malaysia amnya, belia yang ingin menceburi bidang perniagaan perlu mencari jalan terbaik dan tidak hanya tertumpu kepada kaedah konvensional untuk bersaing dengan usahawan lain,” katanya ketika merasmikan Karnival ‘Business On Truck’, di sini, hari ini.

Yahya juga menyarankan agar usahawan muda sentiasa kreatif memenuhi citarasa semasa masyarakat. – BERNAMA

Kategori