Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bukan Islam Berlindung Di...

JIKA mahu melihat perpaduan sesebuah masyarakat, lihatlah perilaku mereka semasa berlakunya bencana. Dan masyarakat...

Kajian Kajidata Menunjukkan BN...

KUALA LUMPUR – Satu kajian persepsi rakyat terhadap Pakatan Harapan (PH) pada masa...

MH370: Pasukan Malaysia Jumpa...

PARIS - Pasukan penyiasat Malaysia yang berada di Pulau Reunion mula melakar kejayaan...

BN Perak Lancar Manifesto...

IPOH - BN Perak akan melancarkan manifestonya tersendiri di Bandar Meru Raya di...

Persatuan Bugis Indonesia Tuntut Tun M Mohon Maaf

JAKARTA- Perhimpunan Pemuda Bugis Makassar Indonesia (PPBMI) mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad meminta maaf secara terbuka ekoran kenyataan menghina keturunan Bugis dalam satu perhimpunan di Selangor dan memberi amaran untuk melakukan protes di hadapan kedutaan besar Malaysia andai Mahathir gagal berbuat demikian.

Menerusi satu memorandum, PPBMI menyerahkan bantahan itu kepada Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia lewat petang Jumaat lalu.

Ketua Umum PPBMI, Arwin Welhalmina dalam kenyataannya berkata, Mahathir telah merendahkan taraf dirinya sendiri sebagai bekas perdana menteri apabila mtengeluarkan kata-kata penghinaan terhadap sesuatu keturunan.

Katanya, walaupun tujuan Mahathir mengaitkan keturunan Bugis kerana mahu menyinggung perasaan Perdana Menteri, Najib Razak tetapi penghinaan yang dibuat itu menyinggung perasaan keturunan Bugis di seluruh dunia terutamanya di Indonesia.

Arwin berkata, pihaknya mendesak Mahathir memohon maaf dan menarik balik kenyataannya itu atau pihaknya akan membuat demonstrasi besar-besaran di hadapan kompleks Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sebagai menzahirkan bantahan mereka.

Sementara itu, Duta Besar Malaysia di Indonesia, Zahrain Mohamed Hashim memberitahu, Mahathir harus membuat permohonan maaf segera atas keterlanjurannya itu kerana ia membawa masalah kepada rakyat Malaysia di Indonesia.


“Sebagai seorang negarawan, Mahathir tidak seharusnya mengeluarkan kata-kata seumpama itu dan kini beliau meletakkan pihak kedutaan dan rakyat Malaysia dalam bahaya kerana kata-katanya telah menimbulkan kemarahan rakyat tempatan yang berketurunan Bugis,” katanya.

Beliau berkata, Mahathir harus bertindak bijak untuk menjaga hubungan dengan negara jiran dan tidak bercakap susuka hati yang boleh mengeruhkan hubungan rakyat dengan rakyat antara kedua-dua buah negara.

Mahathir semasa berucap dalam perhimpunan haram Pakatan Harapan diketuai DAP di Padang Timur, Petaling Jaya dekat sini pada 14 Oktober lalu menyebut Datuk Seri Najib Razak mungkin berasal daripada lanun Bugis yang sesat ke Malaysia dan memintanya balik ke Bugis. – MYNEWSHUB.CC

Kategori