Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kelibat Mane, Lewandowski Bakal...

MOSCOW - Pertembungan antara dua penyerang berbisa di kancah bola sepak Eropah -...

2 Penunggang Motosikal Maut...

KINABATANGAN - Dua penunggang motosikal maut dan seorang pembonceng parah selepas dua motosikal...

Nostalgia: Iklan MAS Cari...

MASUK tahun ini, Syarikat Penerbangan Malaysia atau Malaysia Airlines (MAS) kini sudah berusia 43 tahun.Ini merupakan...

Video: Nenek, Cucu Terpelanting...

LONDON - Seorang wanita berusia 57 tahun dan dua cucunya cedera dilanggar lari...

Peruntukan RM280.25 Bilion Untuk Bajet 2018

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mencadangkan peruntukan RM280.25 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan dalam Bajet 2018 untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat di sini, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata sebanyak RM234.25 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus manakala RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

“Ini tidak termasuk simpanan luar jangka RM2 bilion,” katanya.

Di bawah peruntukan mengurus, sebanyak RM79.15 bilion adalah untuk emolumen dan RM33.62 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan, katanya.

Beliau berkata sebanyak RM119.82 bilion adalah untuk pemberian dan kenaan bayaran tetap manakala perbelanjaan lain pula diperuntukkan RM1.08 bilion dan RM577 juta untuk pembelian aset. – BERNAMA


Kategori