Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

1,600 Pokok Pisang Musnah,...

KUALA LANGAT: Seorang pekebun pisang mengalami kerugian dianggarkan RM25,000 apabila kebun pisang tanduk...

Heath Bertanggungjawab Di Atas...

BAPA mendiang pelakon Heath Ledger, Kim Ledger akhirnya buat pertama kali membuka mulut...

Heboh Pasar Raya Larang...

BEIJING - Sejak beberapa hari kebelakangan ini, warga siber di seluruh dunia sibuk...

Empat Pelajar Perempuan Lari...

EMPAT pelajar perempuan dilapor melarikan diri dari asrama sebuah sekolah agama di Kampung...

Peruntukan RM50j Bantu Orang Asli Bersaing

KUANTAN – Peruntukan sebanyak RM50 juta dalam Bajet 2018 untuk masyarakat Orang Asli membuktikan kerajaan sentiasa berusaha meningkatkan taraf hidup dan ekonomi masyarakat itu agar mampu bersaing dengan kaum lain di negara ini.

Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) negeri Pahang Johari Alwi berkata peruntukan itu mampu memberi impak positif kepada sosioekonomi masyarakat Orang Asli termasuk dalam bidang pendidikan.

“Kita dapati hampir setiap tahun ada peruntukan khas untuk memajukan masyarakat Orang Asli dan ini menunjukkan kerajaan tidak pernah meminggirkan mereka dalam arus pembangunan negara,” katanya sambil menyifatkan Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini sebagai komprehensif.

Bajet 2018 bertemakan ‘Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50’ mencadangkan peruntukan RM280.25 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Johari, 39, dari suku Semelai Temuan di Kampung RPS Iskandar, Bera, memberitahu Bernama bahawa pada masa ini, terdapat lebih 78,000 masyarakat Orang Asli di 264 kampung di seluruh Pahang.

Nazra Basir, 25, dari suku Jakun, RPS Kedaik, Rompin pula menganggap pemberian insentif sebanyak RM3,000 kepada anak Orang Asli yang berjaya memasuki institusi pengajian tinggi sebagai pendorong untuk mereka belajar lebih tekun.


“Ia mengurangkan beban keluarga pelajar Orang Asli membuat persediaan awal untuk melanjutkan pengajian kerana kita tahu kebanyakan masyarakat Orang Asli berada dalam kelompok B40 (isi rumah berpendapatan sehingga RM3,855).

“Pemberian insentif ini juga dapat menggalakkan ibu bapa untuk memberi semangat kepada anak-anak mereka supaya meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi seperti ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan doktor falsafah.

“Ini adalah hadiah berganda kepada pelajar Orang Asli dan kesinambungan daripada bantuan yang telah disediakan sebelum ini,” katanya.

Difahamkan, Jakoa juga menyediakan biasiswa untuk anak-anak Orang Asli yang berjaya melanjutkan pengajian ke intitusi pengajian tinggi awam selain memberi wang saku kepada mereka. – BERNAMA

Kategori