Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Perak Sokong Pembuli Dibuang...

TAIPING - Kerajaan negeri menyokong penuh sekiranya hukuman buang sekolah dikenakan terhadap pelajar...

88% Kes Positif COVID-19...

PUTRAJAYA - Sebanyak 88 peratus pesakit yang disahkan positif COVID-19 di Malaysia berada...

MCA, MIC Tak Mahu...

MCA dan MIC yang semalam menggesa Barisan Nasional bermesyuarat untuk membincangkan masa depan...

Miri Terus Catat IPU...

KUALA LUMPUR - Kualiti udara di stesen pengawasan udara yang terletak di Institut...

Peruntukan Signifikan Untuk Pasukan Keselamatan

KUALA LUMPUR – Tiga cabang keselamatan – Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) – menerima peruntukan signifikan dalam Bajet 2018 dalam usaha kerajaan untuk mempertingkatkan keselamatan sempadan dan ketenteraman awam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini, mencadangkan peruntukan lebih RM14 bilion untuk ATM, hampir RM9 bilion untuk PDRM dan lebih RM900 juta kepada APMM.

Menyentuh intipati keselamatan dan ketenteraman awam, Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata antara program utama yang akan dilaksanakan berkaitannya ialah pembelian dan penyelenggaraan aset pertahanan melibatkan RM3 bilion.

Sebanyak RM720 juta diperuntukkan untuk pembinaan 11 ibu pejabat dan enam balai polis, serta pembelian kelengkapan senjata api dan kenderaan operasi, katanya.

Beliau berkata sebanyak RM170 juta diperuntukan untuk menaik taraf peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) termasuk sistem 1PDRMnet serta RM100 juta bagi menaik taraf sistem komunikasi.

Beliau turut mengumumkan pembinaan 10,000 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia-PDRM (PPA1M-PDRM) dengan harga yang sesuai dengan tangga gaji anggota polis.

Beliau berkata RM490 juta diperuntukkan kepada APMM untuk baik pulih dan selenggara kapal serta bot, menaik taraf jeti dan juga pembelian tiga kapal peronda.

Najib juga mengumumkan peruntukan RM250 juta kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) bagi mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan Sabah dan Sarawak termasuk RM50 juta untuk radar pengawas pantai.


Najib, dalam pada itu, berkata sebanyak RM50 juta diperuntukkan bagi meningkatkan keupayaan aset persenjataan pasukan gerak khas menangani kegiatan antikeganasan.

Bagi menghargai peranan RELA membantu masyarakat, Najib mengumumkan kerajaan menyediakan peruntukan hampir RM250 juta bagi kelengkapan keperluan, termasuk pakaian seragam.

Bagi menjaga kebajikan anggota tentera, Najib mengumumkan kerajaan akan menyediakan pelan tindakan Perumahan Keluarga Angkatan Tentera dengan membina lebih 40,000 unit secara berfasa menjelang tahun 2030.

“Bagi 2018, hampir 6,000 unit akan dibina,” katanya.

Katanya, sebanyak RM40 juta diperuntukkan untuk menaik taraf lima hospital, membina empat poliklinik dan hospital veteran tentera. – BERNAMA

Kategori