Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

MB Didesak Beri Penjelasan...

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini...

Teliti Data Sebelum Benar...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang meneliti data teknikal serta klinikal berkaitan...

Curi Minyak Wangi: 3...

KUALA LUMPUR - Akibat mencuri lima botol minyak wangi pelbagai jenama, tiga rakan...

Hukuman Lebih Berat Kepada...

PUTRAJAYA - Kabinet hari ini bersetuju untuk meminda undang-undang bagi mengenakan hukuman lebih...

Petronas Bina MRSM Bintulu Dijangka Siap Pada 2021

BINTULU – Petroliam Nasional Berhad (Petronas) akan membina Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bintulu yang dijangka siap pada 2021, sebagai sebahagian daripada komitmen pelaburan sosial korporatnya.

Menurut kenyataan Hal Ehwal Media Petronas, Komunikasi Strategik Kumpulan hari ini, projek itu merupakan kerjasama antara Petronas, Yayasan Sarawak dan Majlis Amanah Rakyat bagi menggalakkan lebih ramai pelajar mengikuti pengajian dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

“Sekolah yang akan dibina di atas tapak seluas 26,000 meter persegi itu boleh menampung 450 pelajar dan dilengkapi bangunan akademik, makmal sains, asrama, dewan serba guna, fasiliti sukan, kuarters guru dan sebuah surau,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Kenyataan itu turut memetik Presiden Petronas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin sebagai berkata Petronas akan terus menyokong dan bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri dalam membangunkan modal insan yang dapat memanfaatkan semua pihak.

Kenyataan itu dikeluarkan bersempena pelancaran projek MRSM Bintulu oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini.


Pada masa ini terdapat tiga MRSM di Sarawak iaitu di Kuching, Betong dan Mukah. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MRSM

Kategori