Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Ahli Kelab Myvi Pertahan...

MALANG sememangnya tidak berbau tapi jika 'sudah terang lagi bersuluh' mengapa masih hendak pertahankan sesuatu...

Masing Negarawan Berjiwa Besar,...

KUALA LUMPUR - Pemergian Tan Sri James Jemut Masing merupakan satu kehilangan besar...

Tiru Macam TMJ Kendali...

Semalam Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan kerajaan Johor siap siaga...

IPC: Kerajaan Kekal Pendirian...

PUTRAJAYA - Persatuan sukan kebangsaan atau penganjur perlu mematuhi pendirian Malaysia terhadap Israel...

Piala Malaysia: Polis Tahan 7 Penyokong Perak

IPOH – Polis menahan tujuh lelaki berikutan insiden kekecohan selepas tamat separuh akhir pertama Piala Malaysia 2017 antara Perak menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Perak di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata kesemua ditahan merupakan penyokong Perak berumur antara 18 dan 29 tahun.

Dalam kejadian itu, dua lelaki termasuk seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh cedera akibat terkena mercun.

Kekecohan dipercayai hanya membabitkan penyokong tuan rumah kerana penyokong JDT telah keluar daripada stadium dan menaiki bas dengan diiringi anggota polis.

Pada perlawanan itu, Perak dan JDT seri 1-1, masing-masing menerusi jaringan sendiri pemain JDT Mohamad Hasbullah Abu Bakar dan penyerang import dari Lubnan Mohamad Ghaddar. – BERNAMA

Kategori