Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Azizulhasni Ingin Jadi Mentor...

SHAH ALAM - Pelumba basikal negara Mohd Azizulhasni Awang yang memenangi pingat gangsa...

Fahami Peranan KSN Penghubung...

PUTRAJAYA - Peranan Ketua Setiausaha Negara (KSN) sebagai penghubung antara anggota pentadbiran dan...

Sharifah Sakinah Dipaksa ‘Urut’...

BARU-BARU ini, Chef Anis Nabilah menggunakan ayat 'massage ayam' ketika meminta pelakon Sharifah...

Maxis Perkenal Pengalaman Tanpa...

KUALA LUMPUR - Maxis Bhd hari ini memperkenalkan program pemilikan telefon ‘Zerolution360’ yang...

Pikotaro Pun Sambut Donald Trump Di Jepun

TOKYO – Pelawak dan penyanyi, Pikotaro dijadual menghiburkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ketika lawatan rasmi pemimpin itu ke Jepun awal bulan depan.

Pemain golf keempat terbaik dunia, Hideki Matsuyama juga dijadual bermain golf bersama Trump dan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe di padang golf berhampiran Tokyo.

Pikotaro yang popular dengan lagu Pen-Pineapple-Apple-Pen (PPAP) akan hadir dan membuat persembahan pada majlis makan malam dianjurkan Abe, kata sumber kerajaan.

Pikotaro menjadi popular sekelip mata selepas video dia menyanyikan lagu PPAP itu menjadi tular pada tahun lalu selepas dikongsi bintang pop, Justin Bieber.

Lagu PPAP juga dicatatkan dalam Buku Rekod Dunia Guinness sebagai lagu paling pendek disenarai dalam carta lagu Billboard Hot 100.

Satu rakaman video menunjukkan Arabella yang berusia enam tahun menyanyi lagu PPAP menjadi tular pada November tahun lalu.


Abe yang ketika itu mengadakan perbincangan dengan Trump di New York berkata, dia seronok melihat video Arabella itu.

Trump dijadual membuat lawatan rasmi ke Jepun pada 5 hingga 7 November ini dalam peringkat pertama lawatannya ke lima negara Asia.

Pembantu Abe merasakan penting untuk menghiburkan Trump ketika kunjungannya ke negara itu, memandangkan kedua-dua pemimpin mempunyai hubungan yang baik. – Agensi/myMetro Online

Kategori