Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kemenangan BN Di Sarawak...

SANDAKAN - Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11...

Pelajar Mungkin Mangsa Pertama...

AMBON - Seorang pelajar universiti berusia 19 tahun dari perkampungan Sifnana, Kepulauan Tanimbar...

Amaran Angin Kencang, Laut...

KUALA LUMPUR - Taufan Hagupit yang membawa angin kencang timur laut dikesan kira-kira...

Danyal Balagopal Nafi Terima...

BEKAS Anggota Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah menafikan dakwaan bahawa beliau...

Pindaan Akta Insolvensi Kurangkan Kes Kebankrapan

BANGI – Akta Insolvensi 1967 yang berkuat kuasa mulai hari ini dijangka membantu mengurangkan jumlah kes kebankrapan sebanyak 50 peratus kepada 10,000 kes setahun.

Menteri di Jabatan Perdana MenteriDatuk Seri Azalina Othman Said berkata angka itu adalah daripada anggaran purata 20,000 kes kebankrapan setahun yang ditadbir oleh Jabatan Insolvensi pada masa ini.

“Pengurangan ini adalah disebabkan beberapa pindaan yang diperkenalkan dalam akta ini iaitu had minimum kebankrapan yang dinaikkan daripada RM30,000 kepada RM50,000, penjamin sosial tidak dibankrapkan dan pengenalan mekanisma penyelamat,”katanya ketiba berucap merasmikan Tarikh Kuat Kuasa Akta Insolvensi 1967 di sini, hari ini.

Selain itu, katanya, pelepasan automatik buat pertama kalinya diperkenalkan dalam perundangan kebankrapan di Malaysia selaras dengan hasrat kerajaan agar golongan bankrap dapat kembali menyumbang kepada ekonomi.

“Melalui pelepasan automatik ini, bankrap boleh dilepaskan selepas tiga tahun sekiranya memfailkan penyata hal ehwal dan memenuhi sasaran sumbangan yang ditetapkan sejajar dengan standard antarabangsa yang diamalkan negara maju lain seperti United Kingdom, Hong Kong dan Australia,”katanya.

Azalina berkata pelepasan automatik itu juga mengurangkan tempoh masa bagi mentadbir kes kebankrapan, sekali gus memberi manfaat kepadap pemiutang kerana dividen boleh diperoleh dalam tempoh tiga tahun.

Menurutnya pindaan akta itu juga membolehkan kes kebankrapan yang melibatkan empat kategori iaitu penjamin sosial, orang yang meninggal dunia, orang kurang upaya dan penghidap penyakit kronik dapat dilepaskan.

“Jabatan Insolvensi telah membuat permohonan untuk melepaskan 10,000 kes kebankrapan melibatkan empat kategori tersebut pada tahun depan dengan bantuan 65 pekerja sambilan bagi tugas pemfailan dengan kos perbelanjaan RM1.2 juta.

“Setelah meneliti kes-kes lain bersama Jabatan Insolvensi, saya akan membuat kertas cadangan kepada Kabinet untuk mendapatkan pelepasan bagi 40,000 lagi kes kebankrapan pada tahun depan, yang akan melibatkan belanja tambahan kira-kira RM4 juta untuk kerja-kerja pemfailan,” katanya.


Mereka yang diisytiharkan bankrap sebelum tarikh kuat kuasa akta itu juga boleh dipertimbang untuk diberi Sijil Pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi tanpa bantahan dari pemiutang sekiranya tergolong dalam empat kategori tersebut.

Azalina berkatabagi mereka yang bankrap di luar kategori terbabit, mereka dinasihatkan ke cawangan Jabatan Insolvensi terdekat untuk mendapatkan khidmat mekanisma penyelamat.

“Ini akan memberi peluang kepada seseorang untuk menyusun semula hutangnya untuk mengelak sebarang prosiding kebankrapan diambil terhadap mereka,” katanya.

Dari 2013 hingga Ogos 2017, seramai 23,036 berusia di antara 25 hingga 34 tahun diisytihar bankrap selain 1,109 orang berusia 25 tahun ke bawah yang turut muflis.

“Justeru itu, kerajaan berharap mekanisma penyelamat ini ianya dapat mencegah golongan muda dari dijatuhkan bankrap dengan mudah,” katanya. – BERNAMA

Kategori