Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Demo Bantah TPPA Hambar,...

KUALA LUMPUR - Walaupun cuaca baik tanpa diselubungi jerebu, dianggarkan hanya 3,000 orang...

Power!! Lelaki Ini Main...

Sebelum ini kami ada siarkan artikel berkenaan seorang lelaki tua yang diketawakan beberapa...

12 Kawasan Catat IPU...

KUALA LUMPUR - Dua belas kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak...

Sabah Bentang Bajet Lebihan...

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri Sabah hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM4.104 bilion...

PM Najib Tiba Di Brunei Sempena Jubli Emas Sultan

BANDAR SERI BEGAWAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Brunei Darussalam bagi menghadiri majlis santapan diraja bersempena sambutan Jubli Emas Ulang Tahun Ke-50 Pemerintahan Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman di sini, malam ini, .

Pesawat rasmi yang membawa beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei kira-kira 12 tengah hari tadi.

Antara yang menyambut ketibaan mereka ialah Menteri Pendidikan Brunei, Pehin Suyoi Osman dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Brunei, Datuk Ghulam Jelani Khanizaman.

Sejurus tiba, Najib terus ke Masjid As-shaliheen di sini untuk menunaikan solat fardu Jumaat.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V serta Raja-raja Melayu turut dijadualkan menghadiri santapan diraja tersebut.


Sementara itu, suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ketika ini agak sibuk dengan ketibaan pesawat yang membawa ketua-ketua negara dan kerajaan asing termasuk pemimpin-pemimpin dari Asia Tenggara dan keluarga diraja Asia Barat yang dijemput menghadiri majlis itu.

Antara pemimpin dari Asia Tenggara yang dijangka hadir ialah Presiden Indonesia, Joko Widodo; pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi; Presiden Filipina, Rodrigo Duterte; Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong serta Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayut Cha-O-Cha. – BERNAMA

Kategori