Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

“Thanos Superhero Kegemaran Saya”...

KUALA LUMPUR - Dalam kesibukan jadual kerja yang padat, Perdana Menteri, Dr. Mahathir...

Kenaikan Elaun Anggota Parlimen...

KUALA LUMPUR - Kenaikan elaun Anggota Parlimen adalah setimpal dengan tanggungjawab besar yang...

Gaji RM3,800 Tak Cukup...

SHAH ALAM - Pendapatan isi rumah sebanyak RM3,800 sebulan tidak dapat menampung kehidupan...

Guru Besar Dipenjara 8...

SHAH ALAM - Seorang guru besar dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah...

PM: Takziah Atas Kemangkatan Raja Puan Besar Perak

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah atas kemangkatan Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, semalam.

“Merafak sembah takziah atas kemangkatan DYTM Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani bt Raja Shahar Shah. Moga roh dicucuri rahmat, Al-Fatihah,” katanya dalam laman Twitter dan Facebooknya hari ini.

Raja Nor Mahani, 74, mangkat di Petaling Jaya, Selangor, pada pukul 5.07 petang semalam, dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, selepas solat Asar, petang ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan rakyat jelata boleh memberi penghormatan terakhir di Istana Ar-Ridzuan, Jalan Raha Di Hilir, Ipoh, mulai pukul 10 pagi hingga 11.30 pagi, manakala bagi pembesar negeri dan orang kenamaan bermula pukul 11.30 pagi.

Raja Nor Mahani, merupakan isteri Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa, 76, dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raja Shah Azman, 43, dan Raja Nor Azwina, 41.


Dilahirkan pada 18 Okt, 1942, Almarhumah dimasyhurkan sebagai Raja Puan Besar Perak pada 1 Julai 2014. – BERNAMA

Kategori