Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Zizan: Biar Orang Buat...

BIARPUN dirinya kerap kali dilanda kontroversi, namun sehingga kini nama Zizan Razak masih...

Sasaran 35% Tenaga Mahir...

JOHOR BAHRU - Sasaran untuk meningkatkan tenaga kerja mahir negara daripada 28 peratus pada 2015 kepada 35 peratus dalam tempoh tiga tahun akan datang, tidak mustahil dicapai.Ini kerana...

Wanita Tinggal Di KFC...

Kekecewaan ditinggalkan kekasih hati sememangnya pedih dan perit bagi yang pernah mengalami hingga...

LKIM Akan Perluaskan Jualan...

KUALA SELANGOR - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bercadang mengguna pakai pelbagai kaedah...

Polis Buru 2 Lelaki Rompak 2 Hotel Di Sandakan

SANDAKAN – Polis sedang memburu dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kes rompakan bersenjata di dua hotel di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Mohd Azhar Hamin berkata kes pertama berlaku di sebuah hotel di Bandar Utama pada 2.05 pagi semasa dua pekerja sedang berada di kaunter hotel.

Katanya tiba-tiba mereka didatangi dua lelaki yang memakai jaket serta seluar gelap dan bertopi keledar.

Beliau berkata seorang daripadanya mengacukan sebilah pisau pada kedua-dua mangsa manakala rakannya mengeluarkan sepucuk pistol dan terus meminta wang daripada mangsa.

Menurutnya mangsa yang ketakutan terus mengeluarkan wang tunai dari laci kaunter sebanyak RM454 dan menyerahkannya kepada kedua-dua lelaki tersebut yang kemudiannya melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal.

Mohd Azhar berkata kejadian kedua berlaku pada 3.13 pagi di sebuah hotel di Bandar Kim Fung juga dilakukan dua lelaki bersenjatakan parang dan sepucuk pistol.

Katanya suspek melarikan wang tunai RM810 dan sebuah telefon bimbit daripada dua pekerja hotel itu.


Sehubungan itu beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini agar tampil untuk membantu siasatan pihak polis bagi mengesan suspek yang terlibat.

Katanya pihak polis juga menasihatkan orang ramai jangan membuat spekulasi yang boleh mengeruhkan keadaan ketenteraman awam di daerah ini.

Kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. – BERNAMA

Kategori