Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pahang Bakal Guna Nombor...

KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang bakal memperkenalkan penggunaan siri nombor pendaftaran kenderaan khas...

Comelnya Datuk Siti Berbaju...

EH dah kenapa penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza berbaju pengawas sekolah...

Ketahui Jenis Sakit Kepala...

BAIK berpunca daripada tekanan atau berlaku secara tiba-tiba, sakit kepala yang secara mengejut...

Kewangan Islam Berkembang Pesat...

KUALA LUMPUR - Sistem kewangan Islam telah berkembang pada kadar yang lebih pantas...

Polis Buru Pemandu Treler Terlibat Kemalangan Maut

SEREMBAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai pemandu lori treler, susulan kemalangan maut yang meragut dua nyawa dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan, di KM270.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan, kira-kira 5 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Zaldino Zaludin berkata lelaki itu dikenali sebagai P. Kanes, 29, beralamat di Jalan Tembusu, Bukit Rotan, Selangor.

“Individu ini diminta datang sendiri ke Balai Polis Nilai bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Zaldino turut menafikan punca kemalangan semalam disebabkan ular sawa seperti yang ditularkan dalam laman sosial susulan kemalangan itu.

Dalam kejadian itu, dua maut manakala tiga cedera melibatkan kereta jenis Proton Waja, Proton Preve dan Perodua Alza serta sebuah lori treler. – BERNAMA

Kategori