Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Video: Lucu! Pergaduhan Pekerja...

VIDEO pergaduhan yang memaparkan aksi kejar mengejar antara dua pekerja kilang elektronik Samsung...

Lelaki `Rogol’ Ayam Kerana...

HANYA kerana takut untuk memikat perempuan disebabkan miskin, seorang remaja, Kevin Simiyi sanggup...

Tengku Hassanal Azam Cemerlang...

PEKAN - Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah yang hari ini dimasyhurkan...

DirectD Menawarkan Apple iPhone...

Pada artikel sebelum ini, pihak Lazada sedia menawarkan iPhone 6 dengan harga bermula pada...

Polis Tunggu Keputusan Forensik Kemalangan Maut

MERSING – Polis masih menunggu keputusan ujian forensik berhubung kemalangan sebuah pacuan empat roda yang meragut dua nyawa berhampiran Institut Latihan Perindustrian (ILP) Mersing, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Mersing DSP Cyril Edward Nuing berkata siasatan lanjut akan dijalankan terhadap kemalangan itu selepas keputusan forensik diterima.

“Sampel-sampel dan bahan-bahan bukti telah dihantar kepada pihak forensik dan pihak kami masih menanti keputusan daripada forensik untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing, di sini hari ini.

Jumaat lalu, dua maut selepas Toyota Hilux dinaiki dalam perjalanan dari Mersing ke Jemaluang terbabas lalu melanggar pondok menunggu bas depan ILP Mersing, kira-kira 6.05 petang. Dua yang maut ialah pemandu Salma@Noraini Adam, 37, dan penumpang Tunku Alang Reza Tunku Ibrahim, 31.

Dua lagi penumpang mengalami kecederaan masih menerima rawatan di Hospital Mersing iaitu Puteri Nur Zawani Mohd Rasid, 33, dan Nor Faizah Abdul Malek, 44. – BERNAMA

Kategori