Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

SMAPK Rangkul Emas Pertandingan...

KUALA LUMPUR - Inovasi Pliant Cutleries dan Nifty Tray ciptaan lapan orang pelajar...

Cadbury Perluas Perkongsian Dengan...

PETALING JAYA - Cadbury, jenama konfeksi terkenal dunia oleh Mondelez International, dan pengendali...

Penginapan Sementara Pekerja Malaysia...

SINGAPURA - Agensi kerajaan dan persatuan perdagangan di Singapura bersedia membantu majikan tempatan...

Malaysia Mohon Tambahan 5,000...

PUTRAJAYA: Malaysia memohon tambahan 5,000 lagi kuota jemaah haji daripada Kerajaan Arab Saudi.Ikuti...

Tangisan Buruh Indonesia Dari Bilik ‘Neraka’

DIKURUNG hampir tiga tahun dan dijadikan buruh paksa tanpa gaji.

Itulah nasib sembilan wanita dan dua lelaki warga Indonesia yang dikurung oleh pasangan suami isteri di bilik kecil rumah teres di Jalan Sebiew, Bintulu sebelum diselamatkan polis, 2.45 petang semalam.

Semua mangsa yang berusia 18 sehingga 44 tahun itu turut menangis dan merayu diselamatkan sejurus sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu memecahkan ‘bilik neraka’ yang dihuni merekadi rumah berkenaan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar, pasukan BSJ IPD Bintulu diketuai Inspektor Nixon Malang menyerbu rumah teres satu tingkat berkenaan selepas pihaknya menerima maklumat pemerdagangan orang di kawasan itu.

Katanya lagi, pihaknya terpaksa memotong mangga yang mengunci pintu hadapan bagi memasuki rumah itu sebelum memecah satu lagi pintu bilik khas yang dikunci dari luar di rumah berkenaan

“Polis menemui sembilan wanita dan dua lelaki warga Indonesia yang terkurung dalam bilik yang kecil itu dalam keadaan menyayat hati sambil menangis serta merayu untuk diselamatkan.

“Pemilik rumah, lelaki berusia 59 tahun dan wanita berusia 53 tahun yang juga suami isteri sudah ditangkap kerana disyaki memperdagangkan orang secara buruh paksa” katanya dalam satu kenyataan media semalam.


Dilaporkan suspek wanita turut mengugut pasukan polis dan mengeluarkan kata-kata lucah ketika serbuan dilakukan.

Menurut Dev, semua mangsa dipaksa pasangan terbabit untuk membersih sarang burung bagi tujuan perniagaan
Mereka dikurung hampir tiga tahun dan tidak dibenarkan keluar dari tempat berkenaan.

Mereka juga tidak dibayar gaji dan kadangkala dipukul kedua-dua suspek jika kerja tidak memuaskan.

Kedua-dua suspek direman di Mahkamah Bintulu hari ini, manakala mangsa-mangsa akan dihantar ke rumah perlindungan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori