Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Isu Bot Rohingya: M’sia...

PUTRAJAYA melahirkan rasa kecewa dengan sikap negara jiran yang menganggap Malaysia tidak berperikemanusiaan susulan...

Duda Dipenjara Seumur Hidup,...

MUAR: Nelayan dipenjara seumur hidup dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini,...

Kesal Kualiti Projek Perumahan...

TANJUNG DAWAI - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai, Datuk Tajul Urus...

443,029 Individu Lengkap 2...

KUALA LUMPUR - Seramai 443,029 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi Covid-19...

Polis Tahan Dua Beradik Geng Pecah Rumah

KUALA NERANG – Polis menahan dua beradik dipercayai terlibat dalam beberapa kes pecah rumah di sekitar daerah Padang Terap dan Kota Setar dalam operasi dijalankan di sebuah kampung di Mukim Kurong Hitam, di sini, pada 5 Okt lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Nerang DSP Noh Idris berkata suspek berumur 38 dan 39 tahun itu di tahan dalam serbuan di rumah suspek pada kira-kira 4.30 pagi.

“Polis menemukan pelbagai barangan seperti seunit pam air, seunit mesin pemotong rumput, empat unit tong gas, seunit komputer riba, satu set teater rumah dan decoder Astro di rumah suspek yang kesemuanya bernilai lebih RM10,000. Kesemua barangan itu dilaporkan hilang di sekitar Kuala Nerang dan Langgar,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Katanya ujian urin mendapati kedua-dua suspek negatif dadah dan menurutnya barangan curi itu untuk dijual kepada individu tertentu.

Noh berkata polis turut memberkas seorang pembekal (tokan) dadah berumur 49 tahun di Jalan Kampung Sungai Siput, Naka kira-kira pukul 11.30 pagi kerana dipercayai mengedar dadah di sekitar Felda Lubuk Merbau, di sini pada 10 Okt lalu.

​​​​​​​Hasil pemeriksaan di dalam beg pinggang dipakai lelaki itu, polis menemukan empat paket berisi serbuk dan ketulan disyaki dadah heroin seberat 153.82 gram dan empat paket berisi serbuk dan ketulan kristal disyaki syabu seberat 68.44 gram, katanya.


Katanya, suspek yang dikenali dengan nama panggilan “Tupai” mempunyai tiga rekod jenayah berkaitan dadah dan kes curi kenderaan dan ujian urin mendapati dia positif dadah morfin.

“Suspek juga dipercayai perancang utama dalam kes menculik seorang kanak-kanak dan mencuri kenderaan di sebuah stesen minyak d Tanah Merah, Jitra pada 3 Okt lalu,” katanya.

Suspek direman tujuh hari bermula 11 Okt dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan, katanya. – BERNAMA

Kategori